BlogList Malaysia

Selatan Online

Subramaniam Kutuk Tindakan Amerika

Posted by Unknown on 22 September 2012 | 0 komen pembaca


PERLING – Himpunan Amam Membantah Penyiaran Filem Innocence of Muslim yang diterbitkan oleh Sam Balice turut mendapat reaksi positif daripada masyarakat bukan Islam di negara ini khususnya di negeri Johor.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam ucapan beliau ketika berlangsungnya himpunan aman di hadapan Masjid Taman Perling semalam.

“Saya menyeru bagi DHPP untuk sama-sama kita mengutuk tindakan Amerika ini. Kami sentiasa bersama umat Islam dalam memperjuangkan isu ini”, jelas Subramaniam, wakil DHPP dalam ucapannya.

Beliau turut menegaskan bahawa hanya agama Islam yang mampu menjamin kesejahteraan manusia.

“Saya yakin hanya agama Islam yang mampu menjamin kesejahteraan semua manusia.

“Filem Innocence of Muslim ini merupakan jenayah dunia yang telah mengkritik agama Islam secara terbuka.” Katanya lagi.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut mendesak supaya parti pemerintah UMNO mengambil tindakan terhadap Amerika.

“Kita minta supaya UMNO mengambil tindakan diplomatik terhadap Amerika di atas filem yang telah menghina Islam ini”, tegas beliau dalam ucapannya.

Turut berucap dalam himpunan yang sama adalah wakil DAP yang sama-sama mengecam tindakan yang tidak adil ini.

“DAP sentiasa bersama umat Islam dalam isu ini. Saya ingin tegaskan pendirian kami di sini bahawa DAP mengecam habis-habisan bagi sesiapa mengancam keharmonian mana-mana agama.

“DAP bukan anti-Islam seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media selama ini”, jelas beliau lagi.

Turut menyampaikan ucapan dalam himpunan aman tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Johor, AJK PAS Pusat,Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wakil Persatuan Ulama' Cawangan Johor, Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), wakil DAP, wakil ABIM dan wakil Dewan Muslimat PAS Johor.

Himpunan aman yang dihadiri kira-kira 1000 orang itu diakhiri dengan gimik membakar bendera Amerika dan Israel tanda kebencian umat Islam dan mengutuk tindakan zalim mereka.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Subramaniam Kutuk Tindakan Amerika "

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini