Demo BANTAH : Motif Jahat Amerika - Suhaizan
Posted by Unknown on 21 September 2012 | 0 komen pembaca
PERLING - Himpunan Aman Membantah Penyiaran Filem 'Innocence of Muslims' berjalan dengan lancar dihadiri kira-kira 1000 orang rakyat Johor daripada pelbagai kaum dan agama.
Himpunan yang diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Taman Perling itu mendapat sokongan padu daripada beberapa buah NGO dan juga parti-parti politik.
Dalam himpunan aman tersebut, saudara Suhaizan Kaiat dalam ucapannya menyatakan bahawa filem ini telah menggambarkan Nabi berlaku zalim kepada kaum muslimat.
Beliau juga turut mengulas tentang hak kebebasan bersuara yang telah disalahguanakan. "Kita tidak menghalang mana-mana individu untuk menyatakan hak kebebasan bersuara mereka, tapi yang kita tidak benarkan adalah apabila ianya disalahgunakan untuk menghina agama Islam yang suci ini", jelas beliau lagi.
Dalam ucapan yang sama, Ketua Pemuda PAS Johor tersebut dengan berani menyatakan bahawa filem ini juga merupakan antara motif jahat Amerika Syarikat dalam usaha memastikan wujudnya pergolakan antara agama.
"Kita percaya bahawa filem ini akan menyebabkan berlakunya pergolakan antara agama."
"Amerika Syarikat memang nak cetuskan perang.Mereka pembekal senjata paling besar. Akhirnya yang untung adalah Amerika", katanya lagi.
Turut hadir dan berucap dalam himpunan aman tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Johor, AJK PAS Pusat,Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wakil Persatuan Ulama' Cawangan Johor, Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), wakil DAP, wakil ABIM dan wakil Dewan Muslimat PAS Johor.
Himpunan aman ini berakhir dengan gimik membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel tanda protes umat Islam terhadap penyiaran filem Innocence of Muslim.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Demo BANTAH : Motif Jahat Amerika - Suhaizan"
Leave a reply