Lagi Memo Dihantar Kepada Ghani
Posted by Unknown on 7 Mac 2012 | 0 komen pembaca
NUSAJAYA – Satu memorandum berhubung bantahan yang dibuat oleh 37 individu yang mendakwa peneroka asal di tanah seluas kira-kira 27 hektar di sebuah kampung di Ayer Hitam bingung apabila nama mereka tidak tersenarai bagi penerima geran telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penyerahan memorandum yang dilakukan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya itu turut menempatkan pejabat MB akan diadukan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.
Difahamkan, ada peneroka yang mendakwa setelah 44 tahun meneroka tanah seluas 2,4 hektar itu kini bukan lagi miliknya selepas geran dikeluarkan.
”Saya mempunyai dokumen kebenaran meneroka tanah dan membayar cukai melalui Lesen Kependudukan Sementara (TOL), selain mengemukakan permohonan mendapatkan hak milik sebanyak empat kali.
”Pada awal meneroka tanah itu, saya membuka sawah. Pada 1983, kami menukarkannya kepada tanaman kelapa sawit selain membayar cukai tanah secara berkelompok sebanyak RM415,” ujar Abdul Manaf Mohsan, 78, dalam satu kenyataan kepada media.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Lagi Memo Dihantar Kepada Ghani"
Leave a reply