BlogList Malaysia

Selatan Online

Mandulnya seni warisan Johor

Posted by Unknown on 9 Mac 2012 | 0 komen pembaca


Bicara Kolumnis : AMNI JAGAT

Kemandulan seni warisan di negeri Johor ini sudah mencecah ke peringkat parah dan nazak. Jika kemandulan ini tidak dibendung dengan segera, maka pasti rakyat di negeri Johor akan menerima khabar berita mengenai kematian seni warisan ini kelak.

Temubual khusus ini dilakukan bertujuan untuk mendengar suara-suara anak muda yang prihatin dengan permasalahan seni warisan yang sedang berlaku di negeri Johor ini. Pilihan temubual kali ini dilakukan adalah berlandaskan seni warisan beraliran muzik di tanahair khususnya di Johor.

Anak muda yang dikenali dengan nama Swordist ini adalah salah seorang penggiat seni muzik di Johor. Muzik yang beraliran keras seperti Heavy Metal / Power Metal adalah pilihan beliau untuk merealisasikan rasa seni di jiwa. Penyanyi dan pemain gitar utama untuk kumpulan Logam ini adalah insan yang berasal dari negeri Johor.

Untuk pengetahuan umum, kumpulan Logam telah melahirkan satu album dan bakal melahirkan album kedua mereka yang bertajuk ‘The Murder Artist’ pada bulan April nanti. Walaupun pada luarannya kumpulan ini seperti bukan bermatlamatkan seni yang berbentuk warisan, Logam sebenarnya telah berjaya melakukan percubaan yang berani seperti bermain akustik secara langsung serta melakukan perubahan susunan muzik mereka ke arah ketimuran.

Dalam album The Murder Artist penampilan yang dilakukan Logam cukup berbeza berbanding album pertama mereka Maximum Power Overdrive. Budaya ketimuran nyata terserlah dalam pembawaan baru kumpulan Logam. Hayati pandangan serta ulasan seorang komposer, penyanyi, penulis lirik dan pemain muzik ini mengenai seni warisan di negeri Johor.

1. Pandangan mengenai seni warisan di negeri Johor?

Swordist : Seni di Johor ini hanya bergantung kepada situasi. Ia bermusim seperti tema-tema tertentu cuma itu pun tidak menyeluruh. Bagi pandangan saya ia sangat lembab, perlahan dan tidak agresif.

Sebut soal tarikan, ia tidak pernah ada. Minat untuk saya mengikuti acara yang disediakan sudah pasti tidak wujud. Ini disebabkan faktor-faktor pengabaian yang kurang bertanggungjawab terhadap seni telah dizahirkan.

Antara faktor-faktor yang membuatkan seni itu tidak mendapat daya tarikan adalah, berkenaan promosi, cara yang ketinggalan zaman, lebih tertumpu kepada pelancong tidak kepada jati diri manusia setempat dan terlalu eksklusif tidak merakyatkan seni itu sendiri.

2. Apakah pengaruh seni barat baik untuk ketamadunan seni Melayu?

Swordist : Kalau kita bercakap soal seni Melayu, kita perlu bertanya berapa perlunya seni barat diunsurkan ke dalam setiap seni itu. Asal seni muzik Melayu pun adalah hasil dari campuran seni muzik di Asia Barat seperti di Parsi.

Kalau dihitung dari sejarah, elemen-elemen seni muzik di Asia Barat banyak mempengaruhi dunia seni muzik Melayu. Orang Melayu pada suatu ketika dulu boleh dianggap kreatif kerana berjaya mencampurkan banyak elemen muzik untuk dijadikan seni muzik Melayu yang hari ini dipanggil muzik tradisional Melayu.

Jika hendak menceritakan mengenai kepupusan seni Melayu, kita perlu melihat semula adakah kita sebagai orang melayu ingin mengambil secara menyeluruh seni barat pada hari ini untuk dijadikan resam peradaban dalam hidup? Pasti jawapan itu di sisi saya adalah tidak wajar.

Untuk pengetahuan umum ramai penggiat-penggiat seni muzik khususnya beraliran keras masih teruja sebenarnya berkenaan seni muzik tradisional Melayu. Dan sebagai pengetahuan lain, muzik rock sendiri asalnya dari muzik keroncong yang kita sebagai orang Melayu menjadikannya sebagai tradisional.

Kebertanggungjawaban memelihara dan merakyatkan seni Melayu ini andai ia hilang, maka kita sebagai bangsa yang bertamadun perlu bersedia untuk melihat kepupusan tradisi Melayu ini kelak. Jika elemen seni muzik barat dipromosikan sebagai unsur jati diri dengan terlalu banyak maka kita harus bersedia untuk kehilangan atau kepupusan akan datang.

Penggiat muzik serta manusia yang bertanggungjawab tentang seni warisan perlu mengambil perhatian yang khusus dalam mempromosikan seni warisan ini dari pupus ditelan zaman. Yang paling utama, biarlah perjuangan seni warisan ini mendapat sokongan dari pihak kerajaan negeri Johor.

Promosi ini pasti akan mendapat sambutan. Saya sendiri akui, kawan-kawan saya sealiran di dalam seni muzik underground memang ternanti-nanti sebuah perubahan dan mereka juga mempunyai minat yang mendalam mengenai seni muzik warisan atau tradisional ini.

3. Pandangan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang ingin menjadikan Negeri Johor ini sebagai ‘Pusat Seni’ di Malaysia?

Swordist : Sangat bagus! Ini adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Kalau Pakatan Rakyat tidak dapat memerintah pun, belum tentu perkara itu akan terjadi. Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat ada usaha untuk orang-orang seni. Itu yang saya sangat sokong.

Perkara memperjuangkan seni warisan ini bukan terletak hanya kepada sesetengah individu sahaja. Jika ada golongan yang ingin memperjuangkan seni warisan ini, itu adalah suatu perkara yang baik. Kerana tanggungjawab memelihara seni warisan harus dipertanggungjawabkan kepada semua pihak baik mereka ahli politik, golongan pentadbiran, penggiat seni dan masyarakat disekelilingnya.

Pusat Seni ini perlu ada penerapan agama yang paling utama. Ia juga harus bertindak sebagai nyawa sesebuah ketamadunan bangsa atau jati diri kenegaraan. Pusat Seni ini juga harus menjadi suara kepada masyarakat untuk menceritakan asal seni mereka.

Selain itu, Pusat Seni tersebut harus bertindak menjadi suara pencerita kepada pelancong-pelancong yang datang ke Johor ini berkenaan asal usul tradisional penduduk di Malaysia. Secara langsung Johor bakal dikunjungi oleh pelancong dari luar negara dengan begitu ramai.

Lumrah pelancong yang hadir ke Malaysia, kebanyakkannya mereka ingin mengetahui keaslian yang wujud di negara kita. Secara langsung, pelancong yang hadir akan membawa balik budaya itu ke negara mereka macam mana yang kita lihat pada industri Bollywood, Arab, China, Jepun dan terbaru Korea dengan K-Pop mereka.

Pelancong tidak mahu mereka dihidangkan dengan perkara sama yang mereka boleh dapatkan di negara mereka secara mudah. Pelancong memerlukan sebuah kelainan. Dan kelainan di Malaysia adalah budaya tradisionalnya yang berbeza dengan negara-negara seperti di eropah dan Amerika.

Pusat Seni tersebut harus juga menjadi suara-suara zaman untuk penduduk di Malaysia dan pelancong mengetahui akan sejarah di bumi Malaysia yang gemilang suatu ketika dulu. Kita perlukan tarikan. Jika boleh bandar Johor Bahru itu dijadikan tempat campuran seni antara warisan dan moden.

4. Apakah arah tuju seni warisan di Johor jika pengabaian seperti hari ini berlarutan tanpa dibendung?


Swordist : Kalau hari ini pun kita tengok arah tuju itu semakin pupus maknanya jika berterusan dibiarkan ia akan pupus. Mungkin hari ini orang pun sudah tidak mengenali seni tradisional mereka sendiri. Ini adalah lambang kepupusan.

Tindakan untuk menyelamatkan seni warisan itu perlu dilakukan mulai saat ini. Jangan bertangguh dalam menyelamatkan khazanah asal negara.

5. Perlukah seni warisan ini dirakyatkan dan tidak berkonsepkan eksklusif?

Swordist : Sudah tentu dirakyatkan. Seni ini asalnya dari rakyat itu sendiri. Mengapa perlu dieksklusifkan atau disempadankan. Tidak perlu. Rakyat perlu bersama-sama meraikan. Orang seni dan rakyat perlu digabungkan dalam memeriahkan seni tanahair.

Seni ini untuk semua. Dari penggiat seni kepada peminat seni dan menjurus kepada orang yang ingin meminati seni. Seni itu milik rakyat dan dia perlu dipulangkan semula kepada rakyat. Dalam mengadakan apa sekalipun, kerajaan adalah perkara yang paling utama.

Secara konklusinya kerajaan adalah sektor utama dalam menangani masalah kemandulan seni warisan di Johor ini khususnya. Ini kerana kerajaan boleh dianggap sebagai seorang bapa kepada anaknya yakni rakyat.

Maknanya kemandulan seni ini bolehlah dikatakan sebagai kemandulan sesebuah kerajaan dalam menjayakan seni warisan itu sendiri. Lambang kemandulan kerajaan itu terserlah apabila kemandulan seni itu terjelma. Kerajaan seharusnya bertanggungjawab tentang kemandulan yang sedang dihadapi dalam arena seni warisan.

Lihat saja, berapa ramai artis barat hari ini yang datang membawa budaya mereka senang mendapatkan permit membuat persembahan di dalam negara kita. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan rakyat hari ini menjadi masyarakat yang buta seni warisan tradisional.

Lebih baik kerajaan itu sendiri menaikkan atau mempopularkan artis-artis yang memperjuangkan seni warisan itu sendiri. Contoh seperti Allahyarham Fadzil Ahmad, tidak ramai yang mengenali beliau. Saya yang sudah berumur tiga puluh tiga tahun pun telah samar melihat karier beliau apatah lagi generasi yang akan datang seperti anak saya dan adik-adik saya.

Biar ia selaras, tidak salah seni barat itu tetapi usahlah meninggalkan secara langsung seni warisan yang telah terbina sekian lamanya. Biar rakyat sendiri membuat pilihan bukanlah pilihan itu terletak pada diskriminasi dari pihak tertentu yang terlalu mengagungkan seni barat cuma.

6. Siapa idola saudara?

Swordist : P. Ramlee, Fadzil Ahmad, Ramli Sarip, Dave Mustaine (Megadeth), Rolling Stone, Gipsy King, Iwan Fals, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Imam Al-Ghazali.

7. Satu perkataan untuk mereka...

Swordist : Hebat dan berkarisma

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Mandulnya seni warisan Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini