BlogList Malaysia

Selatan Online

Rakyat Perlu Halang Penjualan KFCH Kepada Syarikat Yahudi

Posted by Unknown on 18 Mac 2012 | 0 komen pembaca


LARKIN : Rakyat perlu bangkit untuk menghalang penjualan saham KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) kepada CVC Capital Partner (CVC). Gesaan ini dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dalam satu sesi bantahan aman yang diadakan di Terminal Bas Larkin semalam.

Penjualan saham KFCH kepada CVC ini ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kayat sebagai tidak berasas dan tidak wajar diteruskan kerana KFCH yang berada dibawah seliaan Johor Corporation (JCORP) pada hari ini memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada negeri Johor.

"Kenapa ia perlu dijual sedangkan KFCH memberikan pendapatan yang cukup lumayan kepada kerajaan negeri. KFCH mengendalikan perniagaan KFC bukan setakat di dalam negara tetapi turut menjangkaui negara serantau seperti Singapura. Penjualan ini tiada asasnya"

"Kerajaan negeri ingin mengkhianati bangsa Melayu dan bumiputera kerana mencadangkan penjualan kepada CVC yang jelas mempunyai perkaitan dengan Yahudi dengan harga yang murah sedangkan terdapat tawaran dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang turut menawarkan untuk membeli saham KFCH dengan harga yang lebih mahal", tegas beliau lagi semasa ucapan.

Untuk rekod, KFCH telah dicadangkan untuk dijual kepada CVC oleh YAB Dato' Seri Abd Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor yang juga merangkap Pengerusi JCORP. Penjualan ini dibantah keras oleh semua pihak terutamanya PAS yang melihat ia sebagai satu pengkhianatan terhadap kepentingan bumiputera.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Rakyat Perlu Halang Penjualan KFCH Kepada Syarikat Yahudi"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini