Salahuddin Ayub Bincang Hala Tuju Politik Negara Dengan Musa Hitam
Posted by Unknown on 16 Mac 2012 | 0 komen pembaca
KUALA LUMPUR: Satu pertemuan telah diadakan pada petang tadi diantara YB Salahuddin Ayub yang juga merupakan Naib Presiden PAS bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Pertemuan yang membincangkan hala tuju politik negara ini berlangsung selama hampir satu jam di kediaman Tun Musa Hitam iaitu di Bukit Tungku, Kuala Lumpur.
Menurut Salahuddin, pertemuan beliau bersama Tun Musa Hitam pada kali ini memfokuskan kepada isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara.
"Perbezaan idealogi antara kami langsung tidak menggangu perbincangan kami yang serius sambil berbual santai terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara"
"Bagi saya, Tun Musa adalah seorang negarawan yang masih punya peranan dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik serta punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas PRU -13 nanti", ujar beliau lagi.
Jelas Salahuddin lagi, beliau juga mengharapkan pertemuan dalam suasana yang harmoni ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang terutamanya untuk membincangkan perkembangan isu-isu di negeri Johor.
"Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri. Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara "
"Saya amat mengharap agar kami dapat berjumpa lagi di lain waktu. Pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku", ujar beliau lagi selepas sesi pertemuan ini kepada wartawan Nusajayakini.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Salahuddin Ayub Bincang Hala Tuju Politik Negara Dengan Musa Hitam"
Leave a reply