Jujurkah Pendirian Pentadbiran Universiti Terhadap Isu UTHM 3?
Posted by Unknown on 18 April 2012 | 0 komen pembaca
Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim
“Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang di dakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan UMNO itu. Bagaimanapun,tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah “luar kawalan” pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telah pun memaklumkan kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai “kecemerlangan akademik” supaya pelajar mahu maju kehadapan.
“Kita tidak tahu,bila ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia sudah menimbulkan persepsi lain,” katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.(Sumber:Malaysiakini 6 April 2012).
| (Sumber:Malaysiakini 6 April 2012) |
Berikut merupakan ulasannya pada keesokkan harinya,7 April 2012 kepada wartawan akhbar Sinar Harian:
“Cuma apa yang kami kesalkan tentang tindakan mereka dalam menyalurkan perasaan tidakpuas hati.Mereka ini adalah siswa yang terpilih dan pastinya mampu berfikiran matang,”
Amir Hashim menjelaskan, pihaknya tidak memaksa pelajar mengikuti program dianjurkan seperti yang didakwa, selain masih menyiasat siapa yang memadamkan lampu.
“Sebenarnya kami menganjurkan forum pengantarabangsaan dengan memanggil Timbalan Menteri di JabatanPerdanaMenteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno untuk berkongsi pengalaman beliau bersesuaian dengan tajuk. “Namun, perkara ini disalah erti segelintir pelajar yang mengatakan ia berunsur politik,”(Sumber: Sinar Harian, 7 April 2012)
| (Sumber:Sinar Harian, 7 April 2012) |
Berikut antara maklumbalas yang diperoleh hasil luahan seorang mahasiswa yang terlibatdalam program tersebut," Bersesuaian dengan tajuk? Ini sebahagian daripada artikel yang betul-betul tidak boleh diterima .Kami ada dalam dewan itu dan didalam “presentation” Datuk Ahmad Maslan boleh dikatakan 80 % ada gambar bendera umno yg berkibar. Dapatkah bangkai gajah akhirnya ditutup dengan sempurna? Di satu sudut memberi kenyataan lain dan di satu sudut kenyataan lain.
Sama-sama fikirkan
::Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa::
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**






0 komen pembaca for "Jujurkah Pendirian Pentadbiran Universiti Terhadap Isu UTHM 3?"
Leave a reply