BlogList Malaysia

Selatan Online

Kenyataan Media Himpunan Tanah Rakyat 5hb Mei 2012

Posted by Unknown on 20 April 2012 | 0 komen pembaca


 KENYATAAN  MEDIA
Jumaat 20hb April 2012

HIMPUNAN  TANAH RAKYAT  5-5-2012 PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHARU

Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada NGO dan Parti Politik telah bergabung tenaga untuk menganjurkan satu Himpunan Tanah Rakyat pada sabtu 5-5-2012 jam 2 petang di plaza Angsana, Johor Bahru. Jangkaan kehadiran adalah 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini.

Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak pihak kerajaan-kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 menyelesaikan masalah-masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini. Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

Johor dijadikan tempat himpunan ini kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di Negeri Johor. Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia, pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada  Dato Lim Kang Hoo, pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri, projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri, manipulasi tanah diperingkat daerah dan banyak lagi. Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu.

Terdapat sepuluh tuntutan tanah rakyat untuk desakan khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Johor :

1.      Ketelusan Pengurniaan Tanah.
2.      Rampas Tanah Penyeleweng.
3.      Hentikan Pengurniaan Tanah KPRJ/Kroni.
4.      Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
5.      Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
6.      Keadilan Pampasan Tanah.
7.      Kurangkan Birokrasi Tanah.
8.      Hentikan Manipulasi Tanah.
9.      Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
10.    Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.


Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Bin Aliman akan membuat aktiviti mobilisasi bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama turun dalam himpunan ini. Antaranya adalah seperti :

1.    Perlancaran Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana pada rabu 25hb April 2012 jam 12.30 tengahari.
2.    Road-show seluruh Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
3.    Penyerahan Memorandum di pejabat-pejabat Tanah Daerah
4.    Sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012 di Kuala Lumpur.
5.    Konvoi Himpunan Tanah Rakyat

Seluruh Rakyat Malaysia yang bersimpati dengan rakyat yang tertindas khususnya di Johor dijemput hadir beramai-ramai ke himpunan ini.

Yang Benar,

SUHAIZAN BIN KAIAT
Setiausaha
Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
019-7285174

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kenyataan Media Himpunan Tanah Rakyat 5hb Mei 2012"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini