BlogList Malaysia

Selatan Online

TANAH : Desakan Pemberian Pampasan Dibuat

Posted by Unknown on 24 April 2012 | 0 komen pembaca



PENGERANG, 24 APRIL 2012 – Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin), Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.
Projek ini katanya dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan  sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.
Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.
“Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Harakahdaily sebelum ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan cadangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) optimis ingin membangunkan projek pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dengan pelaburan RM60 bilion di Pengerang dan direalisasikan pada pertengahan 2013.
Pengarah Eksekutif Projek Petronas, Wan Yusoff Wan Hamat dilaporkan berkata, projek Rapid bakal memberi impak besar kepada negara dalam tempoh 30 tahun akan datang dengan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM280 bilion.
Bagaimanapun, projek ini mendapat bantahan daripada penduduk kerana didakwa mencetuskan satu masalah baru kepada mereka.
Difahamkan, pada 5 Mei ini, penduduk akan bersama rakyat Johor berhimpun di pekarangan Plaza Angsana sebagai menyatakan bantahan kepada kerajaan UMNO berhubung masalah tanah.

Sumber : Ibn Bacoks


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "TANAH : Desakan Pemberian Pampasan Dibuat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini