Lagi Pimpinan PAS Johor Diancam, Rumah Mazlan Aliman Disimbah Cat Merah
Posted by Unknown on 25 April 2012 | 0 komen pembaca
KULAI - Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman disimbah dengan cat merah pada awal pagi semalam. Kejadian yang disedari Mazlan sekitar 3.30pagi semalam ketika beliau sekeluarga baru pulang dari menyampaikan ceramah di Kampung Parit Pulai dalam kawasan Parit Sulong
"Saya dan isteri serta dua orang anak lelaki saya sampai di rumah sekitar 2.30 pagi ini daripada menghadiri ceramah di Kampung Parit Pulai dalam kawasan Parit Sulong. Saya baru melelapkan mata sekitar setengah jam apabila isteri, Hatijah mengejutkan saya dengan bau minyak yang agak kuat."
"Seketika kemudian isteri yang tak sedap hati mencarinya di mana punca bau tersebut. Tidak lama kemudian, beliau memanggil saya; bau tersebut adalah cat merah(cat minyak)yang dipercayai disimbah sekitar jam 3.30 pagi. Saya akan membuat laporan polis pada pagi ini ", jelas beliau lagi yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.
Untuk rekod, ini merupakan kejadian kedua pimpinan PAS Negeri Johor diancam oleh pihak-pihak tertentu. Sebelum ini, rumah seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad telah dibakar rumah dan keretanya akibat kelantangan beliau mempertahankan KFCH dari dijual kepada syarikat berkepentingan Yahudi.
Mazlan Aliman juga dilihat lantang dalam isu tanah yang mungkin mengugat kerajaan negeri Johor. Beliau banyak mengetuai untuk menyelesaikan isu-isu tanah yang berlaku di dalam negeri Johor. Beliau juga akan mengetuai satu himpunan yang diberi nama Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 5 Mei 2012 ini sebagai mendesak kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan urusan tanah rakyat.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**






0 komen pembaca for "Lagi Pimpinan PAS Johor Diancam, Rumah Mazlan Aliman Disimbah Cat Merah"
Leave a reply