BlogList Malaysia

Selatan Online

Rumah Pengerusi Tanah Disimbah Cat

Posted by Unknown on 25 April 2012 | 1 komen pembaca



KENYATAAN MEDIA
Rabu 25hb April 2012

Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)  cukup kesal  dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh isteri Sdr Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.

Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1 minggu di Negeri Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb April 2012.

Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas tanah penyeleweng.

Semalam Sdr Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28hb April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini.

Yang Benar
SUHAIZAN BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)
019-7285174


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Rumah Pengerusi Tanah Disimbah Cat"

  1. Tanpa Nama says:

    Jangan takut dengan propaganda umno bn yang tak bermaruah. Teruskan usaha tarbiah dan berbakti kepada orang johor yang ditipu oleh umno bn.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini