BlogList Malaysia

Selatan Online

MCA Johor Berpecah, Peluang PR semakin Cerah

Posted by Unknown on 21 Mei 2012 | 1 komen pembaca


Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: PAS optimis peluang Pakatan Rakyat semakin cerah untuk menggantikan BN di Johor ekoran perpecahan yang berlaku dalam parti komponennya, MCA.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kepercayaan masyarakat Cina beralih kepada Pakatan Rakyat selepas MCA Umno BN dilihat gagal membela nasib mereka khususnya dalam isu alam sekitar di negeri itu.

"MCA tidak lagi mendapat kepercayaan kaum Cina dalam menentukan nasib mereka terutamanya melibatkan isu keselamatan mereka.

"Jadi ini ini merupakan tanggungajawab besar kepada pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sepuluh pemimpin MCA Pengerang, Johor keluar paerti akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan MCA pusat.

Salahuddin juga berkata, PAS khususnya harus berjiwa besar dalam membuktikan bahawa parti itu benar-benar berjuangan untuk semua kaum dan agama.

"PAS harus membuktikan yang kita berjuang untuk semua tanpa berasaskan kaum," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "MCA Johor Berpecah, Peluang PR semakin Cerah"

  1. Tanpa Nama says:

    Kami Nak HUDUD, bukan nak PAS jadik parti org cina. Mana janji2 PAS? Mane Perlembagaan PAS utk jadikan Malaysia negara Islam. Mane nih?

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini