BlogList Malaysia

Selatan Online

PAS Johor Melakar Sejarah Dengan Rasminya Pelancaran NGO PENDIDIK Peringkat Negeri

Posted by Unknown on 28 Mei 2012 | 1 komen pembaca



PAS Negeri Johor telah melakar sejarah baru dengan berlangsungnya majlis pelancaran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) peringkat negeri pada 27 Mei 2012. Majlis yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran Al-Fadhil Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Pusat dan Al-Fadhil Prof. Dato’ Dr. Mahfodz Bin Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor petang tadi. Majlis yang menghimpunkan warga pendidik Johor ini turut dihadiri oleh AJK NGO PENDIDIK, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, YDP PAS kawasan dan AJK Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor.

Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) peringkat Negeri Johor juga diserikan dengan ucapan tetamu jemputan, tayangan montaj dan forum yang menjurus ke arah perkongsian pengalaman beberapa tokoh pendidik yang menjadi mangsa diskriminasi, ditindas dan dizalimi dari segi hak dan kebajikan mereka sebagai warga pendidik di Malaysia.

Perkongsian cerita seorang guru dari negeri Perak, En. Omar Bin Alias yang telah ditamatkan perkhidmatan sedangkan kes rayuan masih berjalan menimbulkan tanda-tanya kepada beliau sehingga kini. Jelas membuktikan bahawa ‘tekanan politik’ telah dikenakan terhadap beliau oleh pihak yang berkepentingan untuk mengekalkan survival politik mereka dengan menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri Perak sebagai ‘perkakas’ UMNO Barisan Nasional.

Pn. Normala Bt. Sudirman yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, selaku Presiden NGO PENDIDIK dalam ucapan aluannya berkata kezaliman yang dikenakan terhadap warga pendidik terutamanya yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia setelah 54 tahun kita merdeka perlu dihentikan segera kerana guru bukanlah insan yang boleh ‘dikongkong’ minda dan ‘jiwanya’ oleh sebarang bentuk ‘penjajahan alaf baru’ yang bertujuan mahu menakutkan guru-guru. Profesion guru adalah tugas yang mulia dan tidak boleh dicemari dengan mencampur-adukkan ‘politik kepartian’ dengan ‘pendidikan anak bangsa’. Beliau turut mempersoalkan mengapa beliau yang diamanahkan bertanding dalam PRK Dun Tenang, tetapi suaminya pula yang diarahkan bertukar sekolah. Lebih menimbulkan kemusykilan lagi, pertuduhan yang cuba dikenakan adalah dengan kaitan tarikh 22 Januari 2012, yang sebenarnya merupakan hari Sabtu, di luar tugas rasmi adalah tidak relevan sama sekali.

Al-Fadhil Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, dalam ucaptamanya berkata UMNO gagal dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan yang berakhlak mulia walaupun telah diberi peluang mentadbir Malaysia lebih daripada 54 tahun lamanya. Dengan memberi contoh Himpunan Jutaan Belia yang diadakan baru-baru ini dengan pengisian budaya hiburan yang melampau, aksi pergaulan yang bebas dan pakaian yang menjolok mata, apakah jaminan generasi pewaris kepimpinan negara yang hendak diharapkan di tangan pemerintahan Umno Barisan Nasional seperti itu. Justeru, sudah tiba masanya rakyat membuat perubahan demi kelangsungan generasi pelapis masa depan negara pada masa akan datang. Beliau menyeru warga pendidik di seluruh negeri Johor agar bangkit membuat perubahan dengan menggerakkan sebuah kebangkitan baru di negeri ini sesuai dengan peranan guru sebagai muaddib, mualim dan murabbi yang menyambung tugas para nabi dan rasul dalam mengembangkan tanggungjawab dakwah yang suci demi mencari keredhaan Illahi.

Dalam ucapan Prof. Dato’ Mahfodz Bin Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor pula, beliau menegaskan sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Dewasa ini, gejala sosial yang sedang melanda sangat membimbangkan dan kian membarah dalam masyarakat. Kes jenayah, zina, isu buang bayi, sumbang mahram, kelahiran bayi luar nikah, jenayah ragut, kes bunuh dan bermacam-macam lagi sangat mendukacitakan. Justeru, hanya di tangan warga pendidik yang ingin menegakkan amar makruf nahi mungkar sahajalah sebagai wadah penyelesaian terbaik dalam menangani isu pendidikan negara yang semakin meruncing.

Dengan perasmian majlis Pelancaran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) peringkat Negeri Johor pada 27 Mei 2012, maka adalah diharapkan para pendidik khususnya di negeri Johor terus ikhlas, sabar dan tabah dalam profesionalisme perguruan dan tidak jemu untuk terus membela warga pendidik dan rakyat Malaysia sesuai dengan tema Hari Guru yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada kali ini ini iaitu "Bangkit Guru Memimpin Perubahan". Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem Pendidikan Rabbani. Sudah tentunya, 'kebangkitan semangat guru untuk terus membela rakyat' yang diperjuangkan oleh para guru di seluruh Malaysia bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya, guru adalah 'agen' perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai 'kemerdekaan' tanah air. Gurulah yang membentuk 'jiwa dan minda merdeka' dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. NGO PENDIDIK ingin menyeru kepada barisan pendidik di seluruh negara dan negeri Johor khususnya agar 'berani' membuat anjakan paradigma demi melihat perubahan iklim pentadbiran negara agar masa depan pelajar yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara tidak diperjudikan dengan sewenang-wenangnya.

Bangkitlah wahai para guru dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan. Beranilah menyuarakan pendapat melalui 'lisan dan mata pena' demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas. Mantapkanlah jati diri selaku pendidik dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan spiritual demi menghadapi cabaran pendidikan semasa dalam era globalisasi.

Bangkit Guru Memimpin Perubahan!


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "PAS Johor Melakar Sejarah Dengan Rasminya Pelancaran NGO PENDIDIK Peringkat Negeri"

  1. Tanpa Nama says:

    jangan jadi penipu,,warga guru2 terlalu ramai ahli Pas,,nak cover guru ahli pas jd buatlah kata2 indah tentang guru,konon tak boleh dicampur aduk dengan politik,,piiirahhh
    kau penipu dn pandai bermain kata.nak aku buktikan apa yang aku kata..?jaga lidah kamu yang Allah jadikan untuk berkata-kata dengan jujur..

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini