Ghani Othman Dicabar Berdebat Dengan Salahuddin Ayub Berkenaan Isu Negeri Johor
Posted by Unknown on 30 Mei 2012 | 0 komen pembaca
KENYATAAN MEDIA
Rabu 30hb Mei 2012
DEBAT ISU TANAH RAKYAT JOHOR
Y.A.B DATO ABDUL GHANI OTHMAN - YB SALAHUDDIN AYUB
Pemuda PAS Johor sangat tertarik dengan pendekatan politik baru yang memberi tumpuan kepada politik hujah mengatasi politik emosi yang telah dipamerkan oleh sebahagian pemimpin politik di negara kita melalui siri perdebatan yang telah dijayakan. Pertamanya perdebatan dua pemimpin masyarakat cina iaitu Y.A.B Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Y.B Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Presiden Gerakan. Keduanya perdebatan antara Y.A.B Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Dato Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA. Ketiganya Y.B Khairy Jamaluddin dan Sdr. Rafizi Ramli dalam isu PTPTN.
Perdebatan berkenaan sesuatu isu mampu memberi jawapan kepada rakyat berhubung dengan masalah yang sedang dihadapi. Rakyat akan menilai segala usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dalam masa yang sama rakyat juga akan melihat apakah altenatif pembangkang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perdebatan akan membuka minda rakyat berkenaan kepelbagaian penyelesaian masalah bagi sesuatu isu. Perdebatan juga mampu memberi rakyat semak dan imbang dalam pentadbiran negeri mahupun negara. Perdebatan akan mewujudkan kerjasama dimana rakyat, kerajaan dan pembangkang dengan jelas saling bantu membantu membangunkan negara tercinta.
Negeri Johor terdapat masalah yang berkaitan dengan tanah yang sering diperkatakan oleh rakyat disegenap lapisan. Bermula dengan isu Johor kehilangan Pulau Batu Puteh, penyerahan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tanjung Pagar, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) sebagai broker tanah kerajaan Johor, Projek Perlabuhan Tanjung Pelepas(PTP), Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID), Pengerang, kehilangan tanah Simpanan Melayu, tanah orang asli, tanah SEDC Tampoi, projek kerjasama Taman Desa Kempas yang terbengkalai, peneroka kehilangan tanah Felda Cahaya Baru, tanah Skudai Kiri dan lain-lain lagi. Semua isu-isu ini memerlukan jawapan-jawapan yang telus daripada kerajaan. Rakyat juga mahu melihat apakah altenatif yang boleh diberikan oleh pembangkang dalam menyelesaikan masalah ini.
Pemuda PAS Johor mencadangan perdebatan isu tanah Rakyat Johor diantara Y.A.B Dato Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dangan Y.B Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian. Pemuda PAS menawarkan kepada mana-mana pihak khususnya media dan NGO di Negeri Johor untuk menjadi penganjur kepada perdebatan ini. Setakat ini pihak Y.B Salahuddin Ayub sudah bersetuju untuk berdebat. Tempat yang selayaknya untuk berdebat adalah di Persada, Johor Baharu. Tarikh, masa, format dan lain-lain bolehlah diuruskan oleh pihak penganjur.
Maklumbalas daripada anak-anak muda dalam facebook, mereka sangat berminat untuk menonton perdebatan antara dua jaguh di negeri Johor ini. Pemuda PAS Johor penuh yakin Y.A.B Dato Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor tidak akan mengecewakan rakyat Johor untuk berdebat. Semoga rakyat akan mendapat manfaat berganda hasil daripada perdebatan ini.
Yang Benar,
SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA
PEMUDA PAS JOHOR
019-7285174
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ghani Othman Dicabar Berdebat Dengan Salahuddin Ayub Berkenaan Isu Negeri Johor"
Leave a reply