BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin Ayub Ikrar akan Jatuhkan Kerajaan BN Johor

Posted by Unknown on 8 Mei 2012 | 4 komen pembaca


 Oleh: MSO

UBN khasnya Umno di Johor semakin kegelisahan dan panas punggung dengan kemaraan Pas dan Pakatan Rakyat untuk menakluki negeri berkenaan. Kini Umno mula bermain kotor dan jahat dengan memburuk-burukkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan adat sopan dan larangan agama. Anih orang Johor yang dikatakan mempunyai banyak sekolah agama tetapi pemimpin Umno bersikap seperti jahiliah.


Salahuddin dan Suhaizan ikrar akan ganyang Johor.
Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang diberi kepercayaan untuk mengepalai Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri itu sudah menerima pukulan permainan jahat dan kotor Umno bila mana beliau difitnah berzina dengan isteri orang. Khabarnya poster dan risalah menuduh beliau berzina telah disebar berleluasa di Johor.

Perbuatan terkutuk itu menandakan Umno kehabisan modal, kekeringan minda terpaksa menngambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuh seteru dan merebut jawatan pembesar istana.

Apa dilakukan oleh penguasa kerajaan Melayu Melaka dulu samalah dilakukan oleh Umno Johor hari ini. Orang berhati busuk yang terdiri dari pembesar istana melakukan fitnah menuduh orang itu bermukah dengan isteri orang, dengan gundik raja dan sebagainya bertujuan untuk menjatuh dan mengaibkan seseorang. Hasil tuduhan itu menyebabkan raja yang tidak usul periksa menerima kemudian menghukum si kena tuduh yang tidak berdosa.

Nah, fitnah atau sunnah dari zaman kerajaan Melaka itu kini dihayati oleh pemimpin Umno Johor. Apakah gara-gara perbuatan jahat dan keji itu menyebabkan kerajaan Umno Johor juga akan tumbang kerana fitnah seperti kerajaan klasik Melaka itu?

Salahuddin ketika berucap pada Himpunan Tanah di Angsana Johor Baharu Ahad lalu, bersumpah menafikan tududuhan itu dengan menyebut, "Wallahi, Wabillahi dan Wathalli, saya tidak pernah pernah membalun isteri orang". Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh para bloger upahan Umno.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu begitu marah dengan perbuatan itu dan meminta Umno berdepan dengannya secara anak jantan. "Kalau berani berdepanlah dengan saya secara anak jantan," cabarnya. Saya belum pernah melihat Salahuddin menjadi begitu marah kepada mana-mana pihak di dalam ceramahnya. Mungkin kerana tidak dapat menerima perbuatan kotor itu, menyebabkan beliau kehilangan keperibadian lemah lembutnya selama ini.

Sepatutnya Salahuddin tidak melayan golongan Raja Mendaliar, Patih Karma Wijaya dan sekutu seracun dengannya kerana kerja jahat itu memang keturunan mereka sejak dari azali lagi. Umno yang asalnya memerintah negara ini dengan penipuan, fitnah dan memperalatkan segala angensi kerajaan tidak akan berhenti dari perbuatan jahatnya itu.

Himpunan Tanah itu bertujuan untuk membela nasib rakyat Johor yang dinafikan hak mereka memiliki tanah atau diperlakukan tidak adil diadakan di Angsana Johor Baharu dihadiri lebih 10,000 orang. Menurut Pengerusi Tanah Suhaizan Kayat, himpunan itu merupakan pertama kali melihat rakyat Johor bangkit serentak tanpa takut untuk membela hak mereka.

Kebangkitan rakyat Johor membuktikan bahawa rakyat Johor dari segenap lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jeluak dengan Umno dan BN. Rakyat Johor kini telah ikut sama menukar selera seperti rakyat negeri-negeri lain. Kandati ia agar perlahan tetapi apa yang berlaku satu perkembangan positif.

Isu tanah tampaknya akan menjadi isu utama di Johor dalam pilihan raya kali ini yang sukar untuk dibendung oleh MB Abdul Ghani Othman.

Majlis makan malam anak Johor di Shah Alam.
Dalam pada itu Salahuddin dan Suhaizan berjanji akan mengelilingi seluruh Johor untuk membela rakyat bermasalah khasnya mengenai pemilikan tanah serta menjelaskan kedurjaaan UBN. Melihat kepada sambutan di Angsana Johor Baharu itu tidak mustahil kalau dalam pilihan raya kali ini Pakatan Rakyat akan mencatat rekod kejayaan dan Umno akan mulai menikmati kekalahan dan hukum karma alam.

Sesungguhnya pengembalian Salahuddin ke Johor yang dianggap sebagai kembalinya panglima selepas bertapa di rantau orang (Kelantan) membekalkan ilmu bagi membela kampung halaman sendiri, menghalau para penyamun dan musuh tidak sia-sia. Segala ilmu yang dipelajari Salahuddin sudah dipergunakan dan ia memberi kesan. Semoga Salahuddin akan menjadi seperti Salahuddin al Ayubi yang berjaya menawan Baitumuqadis dari tentera Salib.

Sementara itu kekompatan anak-anak Johor yang menumbangkan kerajaan Umno di Johor begitu terserlah. Minggu lalu majlis makan malam anjuran Pas Johor untuk dana pilihan raya mendapat sambutan hangat. Paling menggembirakan sokongan untuk Pas dan Pakatan Rakyat turut sama disokong oleh golongan profesional yang tinggal di luar Johor.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


4 komen pembaca for "Salahuddin Ayub Ikrar akan Jatuhkan Kerajaan BN Johor"

  1. Tanpa Nama says:

    Bodoh MSO ni. 10 ribu mana yg datang. Agak2 la dol...

  2. Tanpa Nama says:

    Kesian MSO. Artikel mcm perasan x sudah. Over confident bole makan diri der.. Muhasabahla diri tu sikit. Bwk2la besederhana.. Kan wasatiyah namanya tu

  3. Tanpa Nama says:

    angan2 burung beragan,,,,,,,,usah minpi lah ,,,yg dikejar tak dapat yg lima negeri tergadai,,,,,,,

  4. Tanpa Nama says:

    10 ribu? Kah kah kah...lg teruk perangai bloger parti kencing rakyat ni...1 ribu pun x sampai bang..agak2 la kalau nk menipu tu..org buta mcm juak2 korang blh la nk tipu

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini