BlogList Malaysia

Selatan Online

Gelombang Oren Bakal Menyinga

Posted by Unknown on 22 Jun 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Belum pun reda dek bahang kepanasan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya, sekali lagi ada pihak akan terganggu ‘tidur’nya apabila satu himpunan secara besar-besaran akan dianjurkan dalam waktu terdekat ini.

Kali ini, nyata memberikan gambaran bahawa ‘garam’ dan ‘botol’ yang dijadikan alasan buat pihak yang punya ‘kuasa’ sebagai cara untuk menggulingkan orang yang ber’kuasa’ tidak melunturkan atau alasan untuk memperlahankan gerakan apa yang dipanggil ‘demo jalanan’.

Mazlan Aliman, Ajk PAS Pusat membayangkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dijadualkan diadakan pada 14 Julai ini di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga pengerusinya berkata, Himpunan yang diberi nama Himpunan oren itu akan disertai lebih 20,000 orang sebagai usaha menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Disamping itu, perarakan itu turut dibuat dengan penyerahan memorandum bagi memohon campur tangan Yang Di Pertuan Agong.

Mazlan berkata, peserta akan berkumpul di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta dan berarak menuju Istana Negara yang baru, di situ bermula jam 2 petang.

Malah, Tuan Guru Dato’ Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dijangka akan mengetuai perarakan itu, termasuklah dikalangan badan budan kerajaan (NGO) kerana surat undangannya sudahpun dihantar.

”Peguam kami kini di persiapan terakhir untuk menghalang penyenaraian ini, termasuk memohon injunksi mahkamah kerana kita telah guna pelbagai cara bagi menghalang FGVH disenaraikan.

”Kami mahu kerajaan memikirkan semula penyenaraian ini yang melibatkan 97 peratus orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Gelombang Oren Bakal Menyinga"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini