BlogList Malaysia

Selatan Online

UMNO Tidak Selesa Kerana Mursi Jadi Presiden Mesir?

Posted by Unknown on 26 Jun 2012 | 0 komen pembaca


MERSING, 26 JUN 2012 – Kemenangan calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, selepas menguasai 51.73 peratus undi mendahului lawannya yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan meraih undi 48.27 peratus undi didakwa menyebabkan pemimpin UMNO kurang selesa dengan perkembangan terbaru itu.

Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, hal itu kerana membayangkan bahawa gerakan Islam Mesir itu sealiran dengan PAS dan kemenangan itu mampu memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik tanah air.

”Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO semacam tak gembira dengan perkembangan terkini politik Mesir. Dengan kemenangan calon dari kumpulan gerakan Islam sealiran dengan PAS.

”Saya percaya perkembangan ini pastinya memberikan impak dan kesan besar kepada politik negara kita. Imbas kembali sejarah kemerdekaan negara ianya dimulakan oleh kesedaran ulamak-ulamak yang belajar di timur tengah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang diumumkan oleh ketua suruhanjaya pilihanraya Mesir, Farouq Sultan berhubung kemenangan Mohammed Mursi sebelum ini.

Farouq dilaporkan berkata, terdapat 50,3 juta pengundi layak dengan 37,000 undi dibatalkan.

Mursi disokong Ikhwan Muslilin yang pernah diharamkan, manakala Ahmed Shafiq adalah Perdana Menteri era rejim Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan.

Berita kemenangan itu, disambut dengan sorakkan daripada penyokong Mursi yang berkumpul do dataran Tahrir sejak awal pagi lagi.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu, namun ditangguhkan.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "UMNO Tidak Selesa Kerana Mursi Jadi Presiden Mesir?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini