BlogList Malaysia

Selatan Online

Sibuk Dengan Gelanggang Futsal, Kampung Sendiri Macam Terabai

Posted by Unknown on 26 Jun 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN, 26 JUN 2012 – YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO diselar berhubung tindakan ketika melancarkan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Puteri Menangis, dekat sini, baru-baru ini sedangkan di kawasan berhampiran dengan kampungnya didakwa masih lagi memerlukan pembelaan yang sewajarnya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut bahawa terdapat dua buah jalan kampung di Unit Peti Undi (UPU) Lubok Sipat masih belum diturap.

Beliau berkata, Ahmad dilaporkan pernah berkata peruntukan membuat dan menurap jalan adalah keutamaan kerajaan negeri malangnya perkara ini tidak terjadi di kawasan kelahiran ahli Parlimen Pontian itu.

”Ketika kami mengadakan XPDC Kebajikan DUN Benut, kami mendapati dua jalan kampung iaitu Pt. Hj. Hussin dan Pt. Hj. Abdul Rahman hanya diturap separuh dan ditinggalkan selebihnya.

”Tak sepatutnya jalan itu dibuat dengan tanah kasaran dan ia patutnya dalam lama ditar. Malah di Pt Abdul Rahman, ada lopak-lopak yang ditampal sendiri oleh penduduk kampung. Ini sepatutnya kerja kerajaan tapi dibebankan kepada rakyat.

”Kita bukan menolak pembangunan. Apa yang kita persoalkan ialah di mana keutamaannya,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Sinar Harian berkenaan pembinaan empat Gelanggang Futsal 1Malaysia telah dibina di Parlimen Pontian di bawah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Rancangan Malaysia (RMK) 9 dan 10.

Ahmad dilaporkan berkata, sebanyak tiga gelanggang lagi telah dibina dan ia terletak di Kampung Orang Asli Benut, Dataran Datuk Jalok Benut dan Kompleks Penghulu Benut.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Sibuk Dengan Gelanggang Futsal, Kampung Sendiri Macam Terabai"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini