BlogList Malaysia

Selatan Online

Sibuk Hentam Selangor, Air Di Johor Apa Cerita?

Posted by Unknown on 20 Julai 2012 | 0 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM – Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor diserang hebat berkenaan krisis air seperti isu pengambilalihan peranan menguruskan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagaimanapun banyak pihak terkejut apabila negeri jolokan ‘Darul UMNO’ Johor turut ditimpa masalah yang hampir sama.

Terbaru masalah gangguan bekalan air sekitar daerah ini menjadi kritikal dipercayai paras air sungai dan empangan yang semakin susut akibat musim kemarau dan pencemaran ammonia sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada pengguna.

Ibn bacoks yang turut menjadi mangsa gangguan bekalan air itu terpaksa mencari alternetif lain bagi mendapatkan air setelah masalah ini berlarutan kira-kira 4 hari yang lalu.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan kontraktor yang dilantik Syarikat Air Johor (SAJ) untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan air menyatakan kerja-kerja pembersihan air terganggu kerana kekurangan air di Sungai Benut yang menjadi sumber air mentah utama untuk kawasan Simpang Renggam.

Ekoran kekurangan air di Sungai Benut difahamkan, Empangan Machap membuka empangannya bermula jan 12 tengah malam sehingga 6 pagi bagaimanapun paras air semakin susut dan sepatutnya bacaan normal paras air adalah 15.9 meter, turun kepada 5 meter.

Dalam pada itu, sepatah kata Senator Dr Syed Hussein Ali, Kerajaan Pusat tidak sepatutnya beri perhatian kepada Selangor sahaja kerana masih terdapat negeri lain berhadapan masalah air seperti Johor.

Malah, Pusat didakwa sengaja menjadikan kontroversi isu air di Selangor sebagai tekanan politik untuk merampas negeri itu daripada PR.

”Masalah air di Johor umpamanya telah berpanjangan. Ini bermakna mereka selalu menimbulkan isu tersebut di Selangor kerana Kerajaan Pusat hendak menggunakan masalah air ini sebagai alat politik untuk menekan kerajaan Selangor bagi mengambil alih pemerintahan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

SUMBER : IBN BACOKS

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Sibuk Hentam Selangor, Air Di Johor Apa Cerita?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini