Himpunan Hijau Lestari Pengerang: Polis Tetapkan 14 Syarat
Posted by Unknown on 28 September 2012 | 0 komen pembaca
PENGERANG - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Hijau Lestari Pengerang, Saudari Anis Afida bersama-sama Penyelaras Gabungan NGO Pengerang, Chong Chun Yet dan bendaharinya Chua Peng Sian telah hadir di IPD Kota Tinggi pagi tadi untuk menerima surat rasmi kebenaran menganjurkan Himpunan Hijau Lestari Pengerang hujung minggu ini.
Dalam surat rasmi tersebut, pihak polis telah menetapkan 14 syarat yang perlu diikuti oleh penganjur, di mana kandungannya mengikut Akta Perhimpunan Aman, 2012. Selepas meneliti isi kandungan surat tersebut pihak penganjur setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Penganjur berpuas hati dengan sikap profesional yang telah ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt . Che Mahazan Bin Che Aik. Pada masa yang sama penganjur akan berkerjasama dengan pihak polis supaya tidak berlaku kekacauan ketika himpunan diadakan.
Sementara itu, menurut Saudari Anis Afida, seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebuah sekolah telah menghalang pelajar daripada menyertai himpunan. Pada 24 September yang lalu, Penolong Kanan tersebut telah menyatakan bahawa pelajar yang menghadiri himpunan tersebut akan dibuang daripada sekolah.
"Menurut Akta Perhimpunan Aman 2011, kanak-kanak ertinya seseorang di bawah umur 15 tahun. Dalam akta yang sama juga pada fasal (2), menyatakan seseorang melakukan suatu kesalahan, jika sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu perhimpunan.
"Larangan Penolong Kanan tersebut bagi pelajar menyertai perhimpunan ini jelas menunjukkan salah interpretasi akta yang disebutkan di atas, dan disyaki mengelirukan pelajar. Pelajar berumur 15 tahun ke atas yang menyertai himpunan ini adalah sah dari segi undang-undang," ujar beliau lagi.
Akibat daripada kenyataan tersebut, pihak penganjur telah mendesak pihak sekolah membuat penjelasan berkenaan isu yang disebutkan di atas.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Himpunan Hijau Lestari Pengerang: Polis Tetapkan 14 Syarat"
Leave a reply