Salahuddin: Bajet 2013 Fokus Raih Undi
Posted by Unknown on 29 September 2012 | 0 komen pembaca
YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, ketika ditanya pandangan mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, semalam berkata, "Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini.
Banyak fokus yang menjurus kepada meraih undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu
banyak pengumuman pemberian tunai. Kena kembali kepada
asas dan pecahkan sistem monopoli."
"Bajet Pakatan lebih
bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan
masalah rakyat jika memilih Pakatan," ujar beliau lagi.
Selain YB Salahuddin, pimpinan Pakatan Rakyat yang lain turut memberikan pandangan mengenai Bajet 2013:
Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.
Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.
Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang
perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti yang kita harapkan.
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.
Kalau
kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion. Hutang 456 billion tahun lepas naik kepada 502 bilion
untuk akhir tahun ini.
Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk
beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan
kroni-kroni kaya sahaja.
Kita lihat di sini yang dapat manfaat
kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan
Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.
Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor
Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.
Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ini
bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan
di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada
UMNO-BN sekali lagi.
Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.
Dengan
hutang negara telah mencecah RM476 billion, kerajaan masih
tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion
ke dalam negara.
Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP
Ia
untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas
ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan
pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.
Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah. Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.
Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.
Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)
Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.
Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.
Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.
Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular
dan populis - popular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya
memberikan beban pada rakyat.
Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)
Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.
Kenapa
saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu
wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan.
Rujukan: Malaysiakini
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Salahuddin: Bajet 2013 Fokus Raih Undi"
Leave a reply