Johor ‘Maju’? Tapi Masih Ada Yang Guna Perigi
Posted by Unknown on 7 September 2012 | 0 komen pembaca
KLUANG – Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Sinar Harian semalam mendedahkan wujud pasangan warga emas yang sudah 40 tahun mendiami rumah hanya menggunakan air perigi bagi mendapatkan bekalan air bersih.
Kehidupan yang serba kekurangan itu terpaksa diharungi oleh Atan Kemat, 77, dan isterinya Sapiah Gumeri, 84, dengan segala kepayahan mengepam air ke dalam bekas setiap hari.
Malangnya, perkara ini berlaku di sebuah negeri yang digelar ‘maju’ kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya indah khbar dari rupa.
”Setiap hari, saya dan isteri akan menadah terlebih dahulu air perigi tersebut dan kemudian akan menyimpannya agar keladaknya yang berwarna kuning itu mendap ke bawah. Setelah air itu jernih, baru kami gunakan,” kata Atan lagi.
Selain itu, Atan menambah ada pihak yang menabur janji untuk memberikannya bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagaimanapun ia tidak kunjung-kunjung tiba. Malah, apa yang menimbulkan persoalan, sebarang urusan di agensi kerajaan yang diurus oleh pihak yang tidak mahu mengambil kesempatan hanya mampu diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
”Sudah lebih tiga tahun saya memohon untuk tinggal di rumah PPRT, namun janji hanya tinggal janji daripada mereka yang datang kononnya untuk membuat tinjauan tentang masalah yang saya hadapi di rumah ini.
”Sedangkan, segala urusan di JKM dan Baitulmal yang diuruskan oleh mereka yang tiada berkepentingan tidak mengambil masa lebih lima bulan untuk diselesaikan,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Johor ‘Maju’? Tapi Masih Ada Yang Guna Perigi"
Leave a reply