BlogList Malaysia

Selatan Online

Sambutan Luar Biasa Dialog Negara Berkebajikan Bersama Masyarakat Bukan Islam

Posted by Unknown on 8 September 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengambil langkah berani dan bijak dengan mengadakan satu program ‘Dialog Negara Berkebajikan Bersama Masyarakat Bukan Islam’ di Restoran Grand Straits Garden semalam.

Dialog ini telah mengundang beberapa tokoh PAS dan wakil masyarakat Cina untuk bertukar pandangan serta mendapat respon daripada peserta yang hadir. Antara pimpinan PAS yang turut berucap malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Bin Mohamed, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS, YB Salahudin Bin Ayub, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri Johor (DHPP), Saudara Hu Pang Chow, Dr. Dzulkefly Bin Ahmad dan Saudara Suhaizan Kaiat.

Antara isu utama yang menjadi topik hangat dialong tersebut adalah berkenaan hudud dan perlaksanaannya, isu pendidikan masyarakat Tiong Hua dan bahasa ibunda serta penyertaan calon wanita PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

“Malam ini kita dapat lihat bahawa ini merupakan mesej daripada masyarakat Cina, mereka sudah tidak takut pada PAS dan Pakatan Rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat mampu untuk membentuk kerajaan yang jauh lebih baik dari UMNO dan BN ssekarang”, jelas Saudara Hu Pang Chow, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Johor.

“Kenapa perlu kita bergantung lagi pada MCA dan UMNO, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat bersedia dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah dan isu dalam Negara kita hari ini? “, katanya lagi.

Kehadiran yang luar biasa dalam majlis tersebut membuktikan penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat khususnya masyarakat Cina Kaum Tiong Hua di negeri Johor dilihat amat memberangsangkan.

Dialog tertutup ini dihadiri oleh seramai labih kurang 120 orang peserta mewakili pelbagai latarbelakang masyarakat.

Antara yang hadir memberi sokongan pada dalam diolog ini adalah pengerusi-pengerusi daripada lebih 20 NGO Kaum Tiong Hua di sekitar negeri Johor dan wakil-wakil daripada Dewan Himpunan PAS Negeri Johor.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Sambutan Luar Biasa Dialog Negara Berkebajikan Bersama Masyarakat Bukan Islam"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini