PAS Johor Miliki Pelapis Wanita Berwibawa
Posted by Unknown on 6 September 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
JOHOR BAHRU – Setelah pengisytiharaan empat wanita yang akan dicalonkan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti, banyak pihak menyambut baik pengumuman itu.
Hal ini memberi petanda yang peranan kaum wanita tetap dihargai bagi sama-sama membangunkan parti dan negara.
Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor berkata, salah seorang yang sudah punya nama sebelum ini seperti kemunculan Kumutha bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram telah mengejut banyak pihak, disebut-sebut akan dikekalkan dalam PRU nanti.
”Cik Kumutha adalah calon yang diperkenalkan PAS pada PRU 12 2008 lalu. Bertanding menggunakan simbol PKR. Bertanding di Ulu Tiram dalam Parlimen Tebrau, Johor. ‘Anak muda terpelajar yang fasih berbahasa Melayu.
”Kini, Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Rajin bertanya mengenai Islam dan budaya masyarakat Melayu.
”Semasa Riang Ria Semarak Hijau Ahad lalu, saya berkesempatan berbual panjang ditemani isteri, Halijah mengenai pendekatan politik, dakwah dan kebajikan. Dia cukup terbuka mengenainya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Mazlan turut menambah, PAS sudah tidak ketandusan kepimpinan malah pergerakan Muslimahnya setanding dengan kaum Adam.
”Cik Anis Azli, lepasan UTM Skudai, naik mendadak dalam PAS. Terlalu muda namun gerakan rakyatnya semakin jauh ke hadapan. Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Johor dan Setiausaha ANAK, Johor. Mengetuai Gabungan NGO Pengerang yang dikelilingi golongan lelaki. Petah berbicara dan tidak janggal menampilkan diri dalam masyarakat. Lasak dan kuat semangat,” katanya lagi.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Johor Miliki Pelapis Wanita Berwibawa"
Leave a reply