BlogList Malaysia

Selatan Online

Pemimpin UMNO Arah Tadika Anak-anak Yatim Dan Fakir Miskin Ditutup?

Posted by Unknown on 6 September 2012 | 0 komen pembaca


MASAI:  Gara-gara sudi menerima sumbangan daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Permas, sebuah tadika di Flat Sri Delima Jalan Suria Sri Alam Masai diarahkan ditutup oleh seorang pemimpin UMNO. 

Tadika Permata Islamiyyah merupakan tempat bagi kanak-kanak yang kebanyakkannya anak-anak yatim dan fakir miskin warga Sabah belajar terpaksa dikosongkan akibat arahan untuk berpindah serta merta pada pagi ini oleh Ketua Penduduk Sabah yang juga merupakan Ketua UMNO di situ.

Menurut AJK  PAR DUN Permas, Abusiraj Almuner dihalaman facebooknya, tadika tersebut diarahkan untuk ditutup hanya kerana menrima kerap menerima sumbagan dari PAR DUN Permas.

Menurut beliau lagi, kejadian seumpama ini tidak seharusnya berlaku dan ia merupakan satu contoh politik tidak matang, tidak berilmu dan tidak bertamadun.

Sementara itu, guru tadika terbabit, Mariam Sarian menyatakan bahawa mereka mengalukan sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan kepada tadika terbabit. 


"Tiada dalam al-Quran kalau ada saudara seagama kita hendak memberikan sedekah kita tidak boleh terima."

"Jika tindakan saya menerima sumbangan itu salah, saya sedia merima hukuman untuk diri saya. Mereka yang memberikan sumbangan pun tidak bercakap apa-apa sebaliknya hanya datang menghulurkan sumbangan", jelas beliau lagi.




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pemimpin UMNO Arah Tadika Anak-anak Yatim Dan Fakir Miskin Ditutup?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini