PAS Johor Tampilkan 4 Calon Wanita
Posted by Unknown on 4 September 2012 | 0 komen pembaca
AYER HITAM – PAS negeri Johor bakal menampilkan empat tokoh tempatan dikalangan wanita untuk dicalonkan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
Perkara ini telah dinyatakan secara tegas oleh Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dengan katanya mereka adalah terdiri daripada peringkat pimpinan Dewan Muslumat Negeri termasuklah Kumutha bekas calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram.
Katanya lagi, Kumutha telah terpilih sekali lagi kerana telah mempamerkan komitmen yang tinggi kepada parti dan merupakan calon wanita pertama dalam kalangan bukan Islam pada PRU yang lalu.
Selain itu, pemilihan mereka jelasnya lagi adalah dilihat daripada kelayakan dan pengalaman yang telah diterjemahkan dalam arena politik tanah air.
”PAS tawar 3 Kerusi DUN buat Muslimat manakala satu lagi kerusi untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kumutha a/p Raman makan bermakan 4 kerusi daripada mereka,” katanya lagi.
Dr Mahfodz berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Riang Raya dan Semarak Hijau Ke Putrajaya di Dataran Hj Mardi, dekat sini, semalam. Hadir sama, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Yusoff, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Sementara itu, Dr Mahfodz turut menyatakan harapan yang tinggi kepada semua pihak agar kemenangan yang diidam-idamkan itu dapat dijelmakan dalam PRU kelak.
”Kita kemukakan tokoh-tokoh kita yang berkelayakan. Justeru, dengan kerjasama daripada Pusat dan Negeri harap dapat capai kemenangan,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Johor Tampilkan 4 Calon Wanita"
Leave a reply