BlogList Malaysia

Selatan Online

Siapa Cuba Lagakan Muhyidin Dengan Najib?

Posted by Unknown on 4 September 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BHARU: Benarkah orang-orang di sekeliling Tan Sri Muhyidin Yasin mahu beliau menjadi Perdana Menteri menjelang PRU 13 ini?

Inilah yang menjadi tanda tanya apabila poster yang mengaitkan beliau dengan cita-cita itu tersebar di sekitar bandar ini.

Ia di dijumpai di banyak tempat di sekitar Johor Bharu dan ada yang tertampal di pokok-pokok di bandar ini.

Salah satu darinya diemailkan kepada Harakahdaily.

Perselisihan antara Muhyidin dengan Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini semakin ketara.

Yang terbaru, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Muhyidin memutuskan agar pihak dalam kerajaan yang mempertikaikan pindaan Akta Penerangan 114 (a) dipanggil memberikan keterangan.

Walaupun tidak menyebut nama Perdana Menteri tetapi fakta bahawa beliau turut meminta agar akta itu dikaji semula menarik perhatian banyak pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa.

"Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter.

Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin BN dalam kerajaan dipanggil memberikan keterangan ekoran kenyataan mereka yang turut mempertikaikan akta itu.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Walaupun nama Najib tidak disebut, tindakan ke atas mereka secara tidak langsung mempertikaikan kenyataan Najib yang turut meminta agar ianya dikaji.

"Sekurang-kurangnya, Kabinet yang dipengerusi Muhyidin tidak bersetuju dengan pandangan Najib," kata seorang pengulas politik.

Sementara itu, seorang rakan media memberitahu, perselisihan antara Muhyidin dengan Najib sudah diketahui oleh kebanyakan wartawan termasuk di kumpulan NST.

"Ia sudah menjadi rahsia umum," kata seorang wartawan kanan kepada Harakahdaily.

Sumber: Harakahdaily

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Siapa Cuba Lagakan Muhyidin Dengan Najib?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini