Projek ‘EDL’ Undang Persepsi
Posted by Unknown on 3 September 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Langkah kerajaan dalam pemberian projek Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) kepada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) mengundang persepsi baru yang kedudukan pakatan pembangkang semakin teguh, kata Jimmy puah, Ketua Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.
Menurut beliau lagi, jika slogan ‘rakyat didahulukan’ yang dilaung-laungkan BN ingin diterjemahkan maka pemberian itu tidak sepatutnya berlaku.
”Saya harap kementerian kewangan akan mengumumkan pampasan dan menubuhkan pasukan petugas khas demi merunding perkara ini. Pasukan ini mesti ada wakil dari pembangkang,” katanya lagi yang dipetik akhbar Sin Chew Daily daripada Facebook Keadilan Johor.
Jimmy Puah berkata lagi, MRCB pada Desember tahun lepas mengumumkan yang kos pembinaan EDL adalah RM0.977 bilion, bagaimanapun pada mesyuarat pemegang saham MRCB Mac lalu, kosnya sudah menjadi RM1.4 bilion.
Sehubungan itu, Jimmy Puah mendesak kerajaan memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
”Mengapa dalam tempoh 3 bulan yang nbegitu pendek, kos itu boleh meningkat RM0.4 bilion?,” tanyanya lagi.
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Johor, Liew Voon Chew turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu.
Hal ini dakwanya lagi, boleh menyebabkan banyak pihak terpaksa menanggung kerugian lebih-lebih lagi di kalangan rakyat terbanyak..
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Biro Kerajaan Tempatan Johor, Tan Yeng Ming turut mempersoalkan mengapa kontrak itu tidak diberikan kepada Jabatan Kerja raya (JKR) dan mendesak agar MRCB disiasat.
”Mengapa MRCB boleh dapat kontrak ini dan bukan Jabatan Kerja raya (JKR). Beliau berkata MRCB wajib disiasat jikalau kerajaan tidak bagi butiran,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Projek ‘EDL’ Undang Persepsi"
Leave a reply