BlogList Malaysia

Selatan Online

RAPID: 200 Penduduk Berhimpun Buat Bantahan

Posted by Unknown on 21 September 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_bacoks

PENGERANG – Kehadiran Kira-kira 200 penduduk sekitar Parlimen ini dalam Perhimpunan Rakyat Pengerang berjaya menarik perhatian ramai untuk mengetahui kesan daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang akan dibangunkan di kawasan itu.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, selain bertujuan mengumpulkan suara penduduk yang tidak berpuas hati dengan projek, ia turut mendesak kerajaan memberikan rumah percuma kepada mereka yang terlibat dalam projek tersebut.

"Suara orang Pengerang pada hari ini bukan disampaikan di sini sahaja, malah suara-suara ini akan dibawa dan dibentang ke Parlimen nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Pengerang, Kasran Abdullah berkata, nilai-nilai kemasyarakatan akan terhakis sedikit demi sedikit apabila penduduk yang terlibat akan berpindah ke tempat lain gara-gara projek RAPID yang akan dijalankan itu nanti.

"Kita tidak setuju apabila penduduk dikehendaki berpindah. Nilai yang ada di sini tidak sama dan tidak ada di perumahan yang baru nanti.

"Oleh itu, kenapa harus dimusnahkan asal kehidupan penduduk yang sudah sedia ada di Pengerang ini?

"Kita amat kesal dengan perkara ini, namun kita sangat bersyukur kerana anak-anak muda di sini sudah mula sedar dan bangkit bersama-sama kita," katanya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "RAPID: 200 Penduduk Berhimpun Buat Bantahan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini