BlogList Malaysia

Selatan Online

Umno Buang Papan Tanda Tulisan Jawi

Posted by Unknown on 20 September 2012 | 0 komen pembaca


SEGAMAT - AJK PAS Negeri Johor, Firdaus Masood mengingatkan pengundi Melayu negeri itu supaya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan agama Islam.

 Ini berikutan katanya, tindakan Majlis Daerah Segamat yang telah menukar semua tanda nama jalan yang pada asalnya tulisan Jawi di sekitar bandar dan taman-taman di daerah Segamat.

 Menurut beliau, difahamkan kos menukar nama tanda jalan di semua taman dan bandar Segamat itu sebanyak RM50,000.



Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat menegaskan, tindakan menukar tulisan jawi itu membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor yang dikuasai Umno tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya kata beliau, Umno yang merupakan parti orang Melayu mempertahankan tulisan Jawi bukan membuang tulisan tersebut. "Di mana suara Pemuda Umno dan ahli Umno dalam hal ini. Sepatutnya mereka yang mempertahankan hak orang Melayu Islam," tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS negeri Johor berharap rakyat negeri Johor mesti menilai kembali layanan kerajaan Umno yang telah mentadbir negeri itu selama 55 tahun. Katanya, orang Melayu masih ramai yang hidup terpinggir dan Umno sebenarnya tidak pernah mempedulikan nasib orang Melayu.

Beliau yakin orang Melayu Johor akan terus hidup merempat dan tulisan Jawi akan terus hilang jika Johor terus ditadbir oleh Umno. "Saya yakin orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantung yang baik jika Umno masih lagi mentadbir Johor pada PRU ke 13 nanti," tegasnya.

Sumber : Harakahdaily

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Umno Buang Papan Tanda Tulisan Jawi"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini