Ahli Parlimen Pengerang Tak Turun Padang – Mazlan Aliman
Posted by Unknown on 9 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
NUSAJAYA – “Kalau Ahli Parlimen Pengerang kata penduduk di situ semuanya telah bersetuju, sebenarnya NGO telah pun menjalankan survey dari penduduk.
“ Sebahagian besar tidak tahu nasib mereka. Ini bermakna Ahli Parlimen tak turun padang dan tidak dapat menjejaki apakah suara nurani rakyat Pengerang,” tegas Mazlan Aliman, Timbalan Pengerusi NGO MANTAP.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi ANAK menegaskan bahawa Projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) perlu dipindahkan ke kawasan tanah kerajaan yang lain.
“Projek perlu berhenti di situ. Kalau dia (kerajaan negeri) nak buat di tanah kerajaan terpulang,” jelas beliau lagi.
Projek yang dianggarkan oleh pemaju pada awalnya melibatkan hanya 6424 ekar, kini tiba-tiba menjadi 22500 ekar melibatkan kawasan penempatan penduduk dan perkampung tradisi yang berusia kira-kira 100 tahun.
Beliau dengan yakin menyatakan bahawa rakyat Pengerang tetap akan member sokongan padu bagi membantah pengambil alihan tanah di kawasan tersebut.
“Saya yakin bahawa kalau kita buat referendum daripada penduduk, majoriti akan bantah projek ini.” Tegas beliau lagi. Pengambilan tanah ini turut mendapat tentangan hebat daripada lebih 20 NGO yang telah mengadakan Himpunan Hijau Lestari Pengerang akhir bulan September yang lalu.
Majlis penyerahan memorandum yang bemula kira-kira jam 11 pagi itu agak mengecewakan rakyat Pengerang apabila Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman dikatakan tidak dapat bersama.
Hadir bersama dalam majlis penyerahan memorandum tersebut ialah Saudari Anis Afida, Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Saudara Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Pas Negeri Johor, Saudara Syed Othman, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat, En. Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor dan beberapa wakil NGO.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ahli Parlimen Pengerang Tak Turun Padang – Mazlan Aliman"
Leave a reply