Rakyat Kecewa, MB Johor Tiada Ketika Serah Memorandum
Posted by Unknown on 9 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
NUSAJAYA – Deligasi rakyat negeri Johor yang dipimpin oleh beberapa buah NGO telah menyerahkan memorandum di pejabat Menteri Besar Johor semalam.
Penyerahan memorandum itu antara lain bertujuan untuk menyatakan rasa tidak puas hati dan kekesalan rakyat terhadap keprihatinan kepimpinan kerajaan negeri Johor, khususnya menteri besar Johor terhadap isu rakyat di Pengerang.
Timbalan Pengerusi NGO MANTAP, Saudara Mazlan Aliman berkata, “ Saya mengingatkan pihak kerajaan negeri, tolong jangan jadikan penduduk mangsa kepada keadaan ini.
“Kalau pihak pemaju hanya memerlukan 6424 ekar sahaja, mengapa tiba-tiba pula 22500 ekar yang diperlukan, siapa sebenarnya yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini,” tegas beliau lagi.
Beliau menjelaskan bahawa fakta berhubung jumlah kawasan pengambilan tanah itu berdasarkan nilai yang dikeluarkan oleh Majalah Holistik yang menerangkan tentang Pengerang.
Hadir bersama dalam majlis penyerahan memorandum tersebut adalah Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Saudari Anis Afida Bt Mohd Azli.
Beliau menegaskan bahawa satu jemputan rasmi untuk mengadakan Program Dialog bersama masyarakat Pengerang daripada Gabungan NGO Pengerang kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman telah serahkan dan diterima oleh pejabat menteri besar ketika penyerahan memorandum tersebut dibuat semalam.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa, “ Ini bukan memorandum kali pertama. Kami tidak akan teragak-agak untuk bawa isu ini ke peringkat lebih tinggi.”
Antara lain kandungan utama memorandum tersebut adalah merayu dan memohon jasa baik Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi Hasil Bumi, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Dato’ Abdul Ghani Otman supaya memindahkan PIPC seluas 22500 ekar di kawasan mukim Pengerang ke kawasan lain iaitu kawsan tanah kerajaan negeri Johor yang tidak melibatkan penempatan penduduk setempat.
Turut hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut ialah Saudara Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Pas Negeri Johor, Saudara Syed Othman, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat, En. Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor dan beberapa wakil NGO lain.
Penyerahan memorandum rakyat Pengerang kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman terhadap isu Projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) walau bagaimanapun berakhir dengan perasaan hampa apabila hanya wakil menteri besar yang menerima memorandum tersebut.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Rakyat Kecewa, MB Johor Tiada Ketika Serah Memorandum "
Leave a reply