BlogList Malaysia

Selatan Online

AHMAD MASLAN LAWAN MAZLAN ALIMAN

Posted by Unknown on 8 Oktober 2012 | 0 komen pembaca



Oleh: Abusiraj Almuner

Johor Bahru, 7 Oktober - Edisi Sinaran Harian Johor memaparkan laporan mengenai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman. Katanya sekiranya beliau berdebat dengan Mazlan Aliman ia akan memberikan publisiti percuma kepada Presiden ANAK itu.

Ahmad Maslan berkata beliau banyak menjawab isu berkenaan Felda di Parlimen dan tiada kepentingan mengenai isu perdebatan dilakukan, sedangkan banyak perkara lain yang melibatkan Felda perlu dibangunkan pada masa kini.

Ahmad Maslan perlu sedar bahawa Mazlan Aliman tidak berada di Parlimen dan beliau bukan ahli Parlimen. Mazlan Aliman adalah orang yang amat arif berkenaan dengan masalah yang dialami oleh peneroka dan Felda sendiri kalau dibandingkan dengan ahli Parlimen PR yang lain yang berada di Parlimen.

Sehubungan dengan kenyataan Ahmad Maslan yang dilaporkan oleh sinar harian, beliau berkata lagi pertubuhan ANAK adalah tidak sah kerana tidak didaftarkan pertubuhannya di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Memang sudah dijangka permainan politik pemimpin UMNO mereka akan menimbulkan persepsi buruk terhadap pertubuhan dengan tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan seperti ini juga pernah dialami oleh pertubuhan BERSIH dahulu dan terbaru pertubuhan SUARAM. ANAK juga akan mengalami keadaan yang sama.

Respon dari dakwaan tersebut Mazlan Aliman mengaku serta tidak menafikan dakwaan tersebut dan beliau berkata bahawa pertubuhan ANAK tidak pernah berdaftar dengan ROS tetapi bergerak sebagai sebuah entiti di bawah PAS bagi memperjuangkan nasib anak-anak peneroka.

Dakwaan Ahmad Maslan terhadap ANAK jelas menunjukkan Ahmad Maslan sendiri tidak jelas ataupun tidak tahu akan akta pertubuhan serta prosedur penubuhan entiti /cabang di bawah satu organisasi besar. Ahmad Maslan sebenarnya cuba mengalih isu asas perdebatan beliau dengan Mazlan Aliman dengan mencipta satu isu lain agar isu asas itu dilupakan. Alasan yang diberi oleh beliau untuk tidak berdebat adalah memberikan publisiti percuma kepada Mazlan Aliman. Satu alasan yang tidak boleh diterima langsung mungkin boleh diterima oleh orang UMNO saja.

Dalam keadaan sebegini sudah pasti muncul hero-hero yang kononnya menyokong Ahmad Maslan. Satu NGO yang pastinya Pro-BN yang menamakan pertubuhan mereka, Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Generasi Felda Jenderak Utara (WAJAF) yang mengakui mempunyai ahli seramai 250 orang. Ramai tidak menyedari akan kewujudan NGO ini, secara tiba-tiba muncul. Pengerusinya Mohd Nazri Pilus meminta ROS mengambil tindakan segera terhadap isu ANAK ini yang dikatakan pertubuhan tidak sah kerana tidak didaftarkan. Beliau juga meminta pihak ROS jangan membiarkan isu ini berlarutan kerana nama yang digunakan oleh ANAK adalah satu nama besar seolah-olah mewakili seluruh generasi kedua.

Apa yang menjadi persoalan bukan isu Pertubuhan ANAK itu tidak didaftar atau tidak, isu asas sama ada Ahmad Maslan berani atau tidak menerima cabaran Mazlan Aliman untuk berdebat? Rakyat sudah pasti menunggunya terutama golongan anak-anak peneroka Felda yang berpelajaran tinggi yang amat menanti untuk mendengar hujah-hujah menteri yang menjaga Felda itu sendiri. Sekiranya Mazlan Aliman bertanya dalam sidang parlimen dan dijawab oleh Ahmad Maslan sekalipun ia tidak akan sampai jawapan itu kepada rakyat. Bukankah begitu?

Pertubuhan WAJAF yang mendesak ROS mengambil tindakan segera terhadap pertubuhan ANAK kerana tidak didaftar itu, mungkin tidak tahu, bertapa banyaknya pertubuhan wujud sama ada didaftar atau tidak? Lihatlah di Selangor berapa banyak wujudnya pertubuhan Pro-BN menggunakan berbagai nama yang sentiasa berdemo dan membuat bantahan terhadap kerajaan Selangor. Cuba lihat juga di Pulau Pinang berapa banyak pertubuhan yang wujud yang Pro-BN berdemo di Komtar membantah kerajaan DAP, tidak kurangnya berlaku serupa di Kedah. Jangan double standard, kalau nak suruh ROS ambil tindakan. Mulakan dengan mereka ini dulu kerana pertubuhan ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat marhean hanya semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan politik masing-masing.




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "AHMAD MASLAN LAWAN MAZLAN ALIMAN"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini