Azalina Tuntut Maaf Daripada Mazlan
Posted by Unknown on 3 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menuntut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman memohon maaf secara terbuka kerana menuduhnya terlibat secara langsung dengan usaha membawa projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) ke kawasannya.
Tanpa menyatakan tempoh permohonan maaf yang diberikan kepada Mazlan, Azalina berkata, sekiranya tiada permohonan dibuat, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Saya telah berbincang dengan peguam saya dan buat permulaan, kami beri peluang kepada beliau untuk memohon maaf. Sekiranya tiada permohonan maaf dibuat, kami tidak teragak-agak menyamannya atas tuduhan tidak berasas itu.
Saman tersebut turut meliputi portal berita Harakah Daily dan media yang memaparkan ucapannya ketika Himpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini.
Saya ingin tegaskan, tuduhan dilemparkan terhadap saya, tentang penglibatan dalam projek berkenaan adalah tidak benar. Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang hanya menyokong projek itu, kerajaan yang membuat keputusan dan dakwaan saya mencadangkan Perdana Menteri untuk melaksanakan projek itu di Pengerang juga adalah pembohongan, katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Azalina mengulas dakwaan Mazlan yang menuduh beliau terlibat secara langsung dengan projek RAPID di Pengerang, Johor serta penglibatannya dalam usaha meyakinkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan projek tersebut.
Menurut Azalina, tidak salah sekiranya pembangkang mahu mempertikaikan serta menghalang projek kerajaan tetapi biarlah dengan fakta yang tepat.
Sebagai pembangkang, mereka boleh protes, Perdana Menteri memberi mereka kebebasan berbuat demikian. Tetapi mesti pastikan mereka ada fakta yang kukuh untuk membantah, bukan menerusi pembohongan seperti yang dilakukan pada Himpunan Hijau di Pengerang," jelasnya.
Azalina memberitahu, beliau sedar tindakan pembangkang yang cuba menjadikan projek RAPID seperti projek kilang memproses nadir bumi Lynas dan menyifatkannya sebagai strategi untuk menghasut rakyat membenci dan mencalarkan imej kerajaan.
Sumber: Utusan Malaysia
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Azalina Tuntut Maaf Daripada Mazlan"
Leave a reply