BlogList Malaysia

Selatan Online

Mazlan: Azalina Nak Saman Saya?

Posted by Unknown on 3 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Mazlan Aliman

DATUK Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang buat sidang Media di Parlimen nak saman saya. Katanya saya fitnah beliau atas kononnya penglibatannya dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Azalina dah arah peguamnya kaji ucapan saya dan buat tuntutan agar saya mohon maaf dlm masa terdekat. Beliau nak saman saya berjuta ringgit gamaknya.

Sebagai seorang muslim yang terlibat dengan perjuangan rakyat, saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Saya senantiasa yakin dengan pertolongan Allah. Ribuan di Dataran Sg Rengit mendengar ucapan saya. Ianya disebar dlm youtube, TV Alternative dll.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yg mewakili penduduk Pengerang, apa peranan beliau dalam memelihara kepentingan penduduk?

Mengapa projek RAPID tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman?

Bukankah di situ adalah tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?

Wajar ke dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?

Mengapa dipilih lokasi penduduk di Kg Sg Kapal, Kg Teluk Empang, Kg Batu Mas dll yang begitu hampir dengan TLDM Tg Pengelih dan laluan sibuk 200 kapal sehari?

Membina jeti dan terminal berdekatan laluan ini sangat berisiko dan tidak ekonomik serta praktikal sebab masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja; walhal di terminal yang dicadangkan di Pengerang memakan masa 3 jam!

Di sekitar tanah Kerajaan dekat Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, kedalaman yg sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kesibukan kapal2 dagang. Hanya ambil masa 10-15 min sahaja.

Saya cabar Azalina jawab mengapa tanah penduduk yang dipilih, apa motifnya?

Saya bukan budak kecil yang ditakutkan hantu. Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina nak saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya dedah lebih terperinci sandiwara pemimpin BN disebalik projek yg kontroversi ini.

Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya. Saya baru sebut sipi-sipi saja!

Nantikan episod akan datang......



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Mazlan: Azalina Nak Saman Saya?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini