Rumah Johor Siswa Mesir Dinafikan Hak
Posted by Unknown on 3 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
1. Umum mengetahui Rumah Johor Thamin telah dibeli pada tahun 1981 hasil kutipan derma ahli Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir, sumbangan orang ramai, dan Kerajaan Negeri Johor. Rumah Johor Thamin telah selamat dirasmikan pada November 1982 oleh Tuanku Sultan Johor ketika itu Al-Marhum Sultan Iskandar.
2. Manakala Rumah Johor Rabaah dibeli hasil sumbangan rakyat negeri Johor melalui sistem Saham Waqaf yang telah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai satu inisiatif khas bagi mendapatkan dana membeli bangunan tersebut. Dengan kata lain Rumah Johor Rabaah adalah harta waqaf sumbangan rakyat negeri Johor. Rumah Johor Rabaah telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada April 2010.
3. Malangnya beberapa tindakan Pejabat HEP Johor Mesir dan Pengurus Rumah Johor Mesir iaitu Hj Husni Tamrin Md Syariff dan Hj Mohd Maulan Asmoni menyekat anak-anak Johor daripada memanfaatkan kedua-dua rumah Johor tersebut bagi kegiatan dan aktiviti pelajar.
4. Tarikh 3 Julai 2012 - BKPJM bagaikan dihalau dari rumah sendiri apabila secara tiba-tiba diarahkan oleh Pengurus Rumah Johor Hj Mohd Maulan Asmoni mengosongkan pejabat rasminya di rumah Johor Thamin melalui satu surat rasmi dengan alasan ingin membesarkan ruang pentadbiran HEP Johor Mesir dengan penambahan pegawai. Bagaimanapun maklumat dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dengan pihak MAIJ.
5. 28 Ogos 2012 - Pintu dewan utama rumah Johor Rabaah telah DIKUNCI oleh pihak Pejabat HEP Johor tanpa sebarang notis atau makluman kepada penghuni rumah Johor Rabaah. Pintu dewan utama tersebut masih dikunci hingga ke hari ini.
6. Pegawai HEP Johor sekali lagi telah menafikan hak anak-anak Johor untuk menggunakan dewan utama rumah Johor Rabaah (Rumah Waqaf) tersebut yang biasanya digunakan sebagai surau untuk solat berjemaah, mengadakan program-program kerohanian, kelas-kelas pengajian, berjual beli di koperasi, menggunakan bilik pusat sumber, dan sebagainya.
7. Anak-anak Johor telah dikongkong dan dinafikan hak di rumah mereka sendiri. Asrama Pelajar Johor kini telah menjadi Asrama Pegawai Johor!
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Rumah Johor Siswa Mesir Dinafikan Hak"
Leave a reply