BlogList Malaysia

Selatan Online

Betulkah UMNO boleh jadi PAS?

Posted by Unknown on 10 Oktober 2012 | 0 komen pembaca



Oleh: Nailah Al Farafishah

"PAS tidak mungkin menyertai UMNO atau menjadi seperti Umno kerana kekuatan sokongan akar umbi terhadapnya adalah berdasarkan landasan perjuangannya selama lebih 50 tahun - melaksanakan hudud, mendirikan pemerintahan Islam (mengikut fahaman mereka) dan mendahulukan kepimpinan Ulama.

Namun UMNO boleh menjadi PAS, bahkan menyertai PAS jika keadaan memerlukan demi survival orang Melayu dan Islam. Justeru jangan anggap kesederhanaan pimpinan Umno dalam BN mencerminkan keseluruhan sikap ahli Umno di bawah."

Kenyataan di atas dipetik dari Ruangan Karya Pendapat di Sinar Harian bertajuk "PAS Tidak Mungkin Jadi UMNO tapi UMNO boleh jadi PAS” tulisan Dr Mohamad Khir Toyo. Kenyataan ini dikeluarkan pada 9 Oktober 2012. Dr Mohamad Khir Toyo adalah bekas Menteri Besar Selangor. Beliau pernah didapati bersalah akibat kesalahan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 2011.

Realitinya, UMNO tidak mungkin menyertai PAS kerana masing-masing berpegang kepada dasar yang berbeza. 

Ini telah dibahaskan oleh banyak pihak antaranya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib pada tahun 2009 dalam laman blog Dewan Ulamak PAS Pusat dengan karyanya yang bertajuk “Perbezaan PAS dan UMNO”.

“Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara. 

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah.”




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Betulkah UMNO boleh jadi PAS?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini