BlogList Malaysia

Selatan Online

Ugut Dan Pengaruhi Mahasiswa Sokong BN: Pemuda PAS Johor Hantar Memorandum Bantahan

Posted by Unknown on 10 Oktober 2012 | 0 komen pembaca



BATU PAHAT - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menghantar satu memorandum bagi membantah penglibatan Profesor Ir. Dr. Amir Hashim selaku Penolong Naib Canselor UTHM atas usaha yang dilakukan beliau untuk mempengaruhi dan mengugut mahasiswa..

Delegasi seramai 50 orang yang diketuai oleh saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Suhaizan Kayat selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pendaftar UTHM, Encik Naim Bin Maslan.

Dalam memorandum bantahan tersebut, DPPNJ telah melahirkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku di UTHM ini kerana secara jelas telah mengunaan kedudukannya untuk mempengaruhi dan mengugut mahasiswa supaya menyokong Barisan Nasional.

"Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab 'D' secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik khususnya tidak boleh membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik, mengedarkan atau menerbitkan bahan bercetak mengenai politik dan merayu undi"

"Secara jelas di dalam rakaman di "Youtube" telah memaparkan video Penolong Naib Canselor terbbit yang telah mengunakan kedudukannya sebagai pegawai kanan universiti untuk memberi tekanan kepada mahasiswa di dalam majlis Program amanat Penolong Naib Canselor bersama Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2012/2013 yang telah diadakan pada Pada 19 September 2012 jam 4.00 petang bertempat di Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)", jelas Suhaizan dalam memorandum yang diserahkan.

Sehubungan dengan penyerahan memorandum ini, DPPNJ telah memberi tempoh selama 14 hari untuk pihak pentadbiran UTHM melakukan siasatan kepada Penolong Naib Canselor terbabit. DPPNJ juga mendesak pentadbiran UTHM agar digantung tugas sepanjang tempoh siasatan untuk mengelakkan sebarang pengaruh yang boleh menjelaskan sisatan dan turut mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan kesalahan.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ugut Dan Pengaruhi Mahasiswa Sokong BN: Pemuda PAS Johor Hantar Memorandum Bantahan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini