BlogList Malaysia

Selatan Online

Penolong Naib Canselor HEPA UTHM Balaci UMNO

Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner 

BATU PAHAT - Pilihanraya Kampus, umum mengetahui banyak kempen diadakan di seluruh Universiti dicemari dengan campur tangan BN khasnya UMNO yang mahukan pemimpin pelajar memihak kepada mereka, memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan. Dari sumbangan wangnya untuk berkempen hinggalah memberi arahan kepada pentadbir Universiti agar menasihati pelajar agar menyokong Kumpulan PRO-BN.

Sudah banyak kali juga didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong UMNO/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamkannya untuk dijadikan bukti.

Apa yang berlaku di Universiti Tun Hussin Onn (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor apabila Pentadbir Universiti, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong UMNO/BN telah dirakam dan disebarkan di Youtube

Rakaman durasi 3.48 saat itu, merakamkan ucapan Prof Amir Hashim di hadapan Jawatankuasa Kolej Kediaman.

“Ahli Jawatankuasa Kolej Kediaman perlu menyokong program kerajaan dengan membawa hasrat serta segala misi dan visi mengikut kehendak kerajaan. Kerajaan kita adalah Barisan Nasional. Sesiapa yang tidak menyokong, diminta keluar dari bilik dan meletak jawatan kerana saya mahu suara Ahli Jawatankuasa sama dengan hasrat saya”, kata Prof Amir Hashim dalam ucapannya.

Beliau juga berkata pemilihan MPP yang akan dijadualkan pada 20hb ini (September) akan menjadi tumpuan pelajar UTM dan UITM. Mereka yang akan datang ke UTHM nanti sebenarnya untuk mengucar-kacirkan keadaan.

Prof Amir Hashim sebagai seorang yang tinggi akademiknya mustahil tidak mengetahui asas demokrasi. Asas demokrasi mudah yang mana setiap orang mempunyai kebebasan untuk mengundi sesiapa. Umum juga tahu sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengundi sesiapa dan tidak perlu diberitahu apa yang harus dilakukan.

Sebagai seorang kakitangan kerajaan Prof Amir Hashim kena sedar, beliau tertakluk kepada peraturan 21 Perintah Am Kerajaan, di mana tidak boleh buat kenyataan sebelah mana-mana parti politik. Sekiranya beliau menyertai parti politik sekalipun, beliau tidak boleh berkempen. Sah lagi jelas beliau telah melanggar peraturan tersebut.

Pagi semalam, Dewan Pemuda PAS Johor yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Saudara Suhaizan Kaiat, Saudara Khairul Faizi Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPM) bersama Exco-exco Pemuda Negeri menyerahkan memorandum bantahan kepada Encik Naim Bin Maslan, Timbalan Pendaftar UTHM.

“Bantahan tersebut dibuat atas dua perkara iaitu pertama Pegawai UTHM mendesak pimpinan pelajar sokong BN, keduanya adanya unsur-unsur ugutan terhadap pimpinan pelajar jika tidak menyokong BN”, tegas Saudara Suhaizan Kaiat.

Kita lihat apa kesudahan isu dan bantahan ini, adakah Prof Amir Hashim akan dikenakan tindakan? Sekiranya ia berlaku kepada Naib Canselor yang penyokong PR sudah tentu pihak Universiti tidak menunggu lama untuk mengambil tindakan. Tindakan mungkin tidak akan dikenakan atas Prof Amir Hashim tetapi asasnya dan moral realitinya menunjukkan Pemilihan MPP juga kotor dan dicemari oleh pihak-pihak yang menyalahgunakan kuasa.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penolong Naib Canselor HEPA UTHM Balaci UMNO"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini