Jambatan : Penduduk Desak Agar Ia Disiapkan
Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
SIMPANG RENGGAM – Keluhan penduduk setiap kali menggunakan jambatan didengari Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam, di Renggam dekat sini, baru-baru ini.
”Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Sdr Suhaizan Kaiat hari ini pergi ke Renggam membantu penduduk di sana menuntut kerajaan tempatan supaya jambatan boleh disiap bina pada Mac akan datang.
Ini disebab jambatan utama di kawasan itu sudah rosak sejak bulan Julai akan tetapi kerja membina baru dimulakan semalam,” kata Penyelianya Suhaizan Kaiat dalam akhbar China Press yang dipetik Facebook Keadilan Johor.
Sementara itu, Ketua Biro Hal Ehwal Kerajaan Tempatan PKR Johor, Tan Yen Ming berkata berikutan dengan masalah tersebut, semua kenderaan termasuk kenderaan berat kini terpaksa mengguna jambatan alternatif sebagai laluan utama.
”(Bagaimanapun) Terdapat jambatan alternatif itu sudah muncul tanda keruntuhan,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Jambatan : Penduduk Desak Agar Ia Disiapkan"
Leave a reply