BlogList Malaysia

Selatan Online

Penubuhan Jawatankuasa Di Peringkat Nelayan Bantu Tangani Masalah

Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN - Sebuah jawatankuasa khas di peringkat nelayan di kawasan Tanjung Piai akan ditubuhkan dalam usaha untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Menteri Besar Johor, tidak lama lagi.

Penyelaras Jawatankuasa, Ghazaley Ayub berkata, penubuhan jawatankuasa terbabit dijangka akan melibatkan hampir 1,000 nelayan di tujuh jeti pangkalan di kawasan Tanjung Piai.

"Jawatankuasa ini bakal menjadi saluran kepada nelayan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap masalah yang dihadapi antaranya seperti tumpahan minyak.

“Banyak isu yang dibawa dalam dialog bersama nelayan dan beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan nelayan seperti Jaringan Bertindak Nelayan Semenanjung (Jaring) yang diadakan baru-baru ini.

“Selain isu tumpahan minyak, beberapa isu lain seperti tambakan pasir, kapal dagang yang semakin hampir berlabuh di kawasan Tanjung Piai juga menjadi topik utama dalam memorandum itu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dari Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Kukup kepada keluarga Hisham Johari, 45, yang meninggal dunia dalam tragedi ribut di Kampung Sungai Buntu, di sini, semalam.

Jelasnya, penubuhan jawatankuasa ini merupakan hasil kesepakatan yang dicapai bersama nelayan-nelayan yang kebanyakannya merupakan nelayan pantai.

“Kita mahu isu-isu yang dihadapi nelayan tempatan ini mendapat pembelaan dan seterusnya diselesaikan segera.

“Selain pendapatan yang terjejas, kerosakan alam seperti bakau yang mati akibat tumpahan minyak amat merugikan negara,” katanya.

Katanya lagi, dalam tahun ini sahaja hampir lima kali tumpahan minyak dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Tanjung Piai.

Justeru, pihaknya berharap dengan penubuhan jawatankuasa ini, masalah nelayan setempat dapat diketengahkan dan seterusnya tindakan susulan dapat diambil.

sumber: sinarharian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penubuhan Jawatankuasa Di Peringkat Nelayan Bantu Tangani Masalah "

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini