BlogList Malaysia

Selatan Online

Beza Pendapat Perkara Biasa

Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU - Dewan Pemuda PAS Johor mencadangkan agar keputusan berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dibuat menerusi mesyuarat melibatkan semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam masa terdekat.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, keputusan atau kata sepakat itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap perbezaan pandangan di kalangan pimpinan PR mengenai projek berkenaan.

“Masing-masing ada pandangan tersendiri, tetapi kami masih berdiri teguh atas nama PR. PAS Johor khususnya melihat projek ini ada kebaikan dengan ekonomi Johor dan percaya ia mampu membantu meningkatkan pendapatan rakyat selain memberi peluang pekerjaan.

“Bagaimanapun, PAS mahu projek ini diteruskan (sekiranya diberi mandat) di kawasan lain khususnya tanah milik Kerajaan Negeri tanpa melibatkan penempatan penduduk. Ini bermakna pembangunan dilakukan tidak mengorbankan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang melontarkan pandangan mahu meneruskan Projek RAPID di Pengerang walaupun ditolak rakan sekutu dari PKR.

Terdahulu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mendakwa adalah satu pembaziran sebanyak RM60 bilion bagi pembinaan satu loji penapis kerana kerajaan telah mempunyai loji sedia ada milik Petronas di Kerteh, Terengganu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Projek RAPID adalah sebuah projek nasional di bawah kendalian Petronas yang bakal memberi pulangan besar untuk diagihkan semula kepada rakyat.

Suhaizan berkata, perbezaan pendapat di kalanganparti komponen dalam PR merupakan satu perkara biasa yang terjadi di antara semua parti politik.

“Perbezaan merupakan satu perkara biasa, tetapi perlu ada satu penyelarasan (kesepakatan) menerusi mesyuarat yang akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

sumber: Sinarharian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Beza Pendapat Perkara Biasa"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini