BlogList Malaysia

Selatan Online

Surah Al-Fatihah dan Pembahagiaan Solat

Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Kekanda Long Saleh


Berkata Ubay bin Ka'ab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya unutk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau. Adapun tiga yang unutk Aku, iaitu: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam) Ar-Rahmaanir Rahim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddin (Yang menguasai Hari Pembalasan). Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An'amta alaihim (Jalan orang2 yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula merekayang sesat.)" 
(Riwayat Thabarani dlm Kitab Al-Ausath)


Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Aku telah membagi solat itu dua bahagian antara Aku dan hambaKu, dan Aku telah memberi hambaKu apa saja yang dimintanya. Maka apabila seseorang hamba itu mengucap: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam), berkata Tuhan: HambaKu telah mensyukuriKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Ar-Rahmaanir Rahim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang), berkata Tuhan: HambaKu memujiKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai Hari Pembalasan), berkata Tuhan: HambaKu telah mengagungkanKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan), berkata Tuhan: Yang ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan Aku tetap memberi hambaKu apa yang dimintanya. Dan apabila hamba itu mengucap Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An'amta alaihim (Jalan orang2 yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat) berkata Tuhan: Yang ini untuk hambaKu, dan Aku tetap memberi apa yang dimintanya." 
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Ibnu Majah)




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Surah Al-Fatihah dan Pembahagiaan Solat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini