Kumpul Tanda tangan Tuntut Buat Bonggol
Posted by Unknown on 2 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas akan mengumpulkan tanda tangan penduduk di Jalan Bayan 45, Taman Kota Puteri, di sini untuk menghantar memorandum kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Hal ini dibuat kerana penduduk mendesak agar pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membina bonggol di laluan berkenaan yang dikatakan mengancam keselamatan mereka.
”Sudah tiba masanya kawasan ini dipasang bonggol kerana hasil tinjauan yang dibuat memang laluan ini menjadi tumpuan pengguma jaan raya terutama waktu puncak.
”Tambahan kemalangan semakin kerap berlaku. Sampai bila lagi MBJB nak tunggu kerana keselesaan penduduk sebelum ini telah diambil tindakan oleh MBJB,” kata Penyelianya Syed Othman Syed Abdullah.
Syed Othman berkata demikian sebagai mengulas aduan penduduk berhubung jalan berkenaan dipercayai menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya apabila lebuh raya Pasir Gudang mengalami kesesakan.
Para pengguna jalan raya turut didakwa tidak memikirkan keselamatan para penduduk kerana memandu laju di kawasan tersebut.
Malah ada penduduk trauma setiap kali ingin mengeluarkan kenderaan masing-maing dari dalam pagar rumah kerana bimbang sesuatu kejadian buruk boleh berlaku.
Sehubungan itu, mereka mendesak supaya bonggol dibina dengan seberapa segera.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Kumpul Tanda tangan Tuntut Buat Bonggol"
Leave a reply