BlogList Malaysia

Selatan Online

Mukhriz: Usah Bimbang Isu Lynas, Rapid

Posted by Unknown on 2 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir memberi jaminan bahawa loji pemprosesan nadir bumi Lynas dan projek penapisan minyak Rapid di Pengerang tidak akan menyebabkan malapetaka seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, insiden yang berlaku melibatkan Union Carbide di India dan Asian Rare Earth di Perak berlaku berdekad lamanya sebelum ini.

Teknologi pada masa itu tidak canggih seperti pada masa ini dan peraturan alam sekitar kini juga lebih ketat, katanya.

"Jangan bimbang... Tiada masalah yang akan berlaku," katanya ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, Malaysia mempunyai peraturan alam sekitar ketat yang perlu dipatuhi oleh semua, termasuk pelombong nadir bumi Lynas Corporation dan pengendali projek Rapid di Pengerang.

Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan syarikat berkenaan beroperasi sekiranya terus menjalankan projek yang bercanggah dengan garis panduan dan menjejaskan alam sekitar.

Sumber: Malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Mukhriz: Usah Bimbang Isu Lynas, Rapid"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini