PAR Permas Melawat Saudara Elham Haron SUK BPPNJ
Posted by Unknown on 10 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
JOHOR BAHRU, 9 Oktober - Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa ziarah-menziarahi sesama saudara seIslam untuk mengeratkan serta merapatkan lagi hubungan ukhuwah. Apatah lagi sekiranya saudara SeIslam itu ditimpa musibah dan ujian daripada Allah.
Petang tadi, penyelia PAR Permas, Tuan Syed Othman Abdullah bersama Abusiraj Almuner melawat sahabat seperjuangan, Saudara Elham Haron, 45 tahun dari Ledang Muar yang dimasukkan di Wad D, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana disyaki menghidap saluran jantung yang tersumbat.
Saudara Elham Haron adalah amilin sepenuh masa sebagai Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan Pas Negeri Johor. Menurut beliau, penyakit yang dihadapinya itu mula dikesan pada tahun 2006 setelah beliau mengalami sesak nafas yang teruk. Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah ini pada Ahad lepas setelah dipindahkan daripada Hospital Muar di mana beliau mendapat rawatan setiap bulan.
Saudara Elham yang mempunyai 4 orang anak itu, ketika dilawat petang tadi sudah dibenarkan balik oleh pihak hospital. Beliau sedang menunggu keputusan MRI dari pihak hospital. Kemungkinan juga beliau akan menjalani pembedahan bypass pada bulan Disember depan.
PAR Permas berdoa kepada Allah s.w.t agar saudara Elham cepat sembuh dan kembali sihat untuk bersama-sama berjuang di medan perjuangan bagi menegakkan Agama Allah di bumi Johor ini. Takbir!!!!
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAR Permas Melawat Saudara Elham Haron SUK BPPNJ"
Leave a reply