BlogList Malaysia

Selatan Online

Telco Tower : Penduduk Desak Agar Dipindahkan

Posted by Unknown on 10 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Kebimbangan terhadap cadangan pembinaan alat pemancar telekomunikasi (telco tower) telah disuarakan para penduduk sekitar Sekolah Rendah Johor Jaya kepada Pakatan Rakyat (PR) Johor.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina SinChew yang dipetik Facebook Keadilan Johor telah menyiarkan keluhan yang dihadapi penduduk kerana pembinaannya boleh mengancam kesihatan mereka.

”Penduduk-penduduk di sekeliling Sekolah Rendah Johor Jaya melalui Ketua Biro Guaman PKR Johor, Jimmy Puah dan Penyelia Pusat Aduan Pas Cawangan Permas, En Syed Othman mengadakan sidang media menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan pembinaan alat pemancar telekomunikasi (telco tower) di tapak sekolah rendah Johor Jaya akan mengancam kesihatan pelajar dan penduduk di sana.

”Mereka minta alat itu boleh dibina di tempat lain ataupun bagi altenatif lain . Kebanyakan penduduk menegaskan, mereka bukan bantah pembinaan alat itu, tapi mereka harap pihak berkenaan jangan bina alat itu di lokasi yang padat dengan penduduk,” lapornya lagi.

Sementara itu, Jimmy Puah berkata, aktiviti untuk mengumpulkan tanda tangan akan dilakukan dengan harapan masalah yang dihadapi ditangani segera pihak berkenaan.

”Kelakuan pihak berkenaan tidak memberitahu penduduk-penduduk terlebih dahulu adalah sebab mereka panik.

”Kita bercadang, pihak berkenaan mengadakan taklimat. Kita juga akan mengumpulkan tandatangan daripada penduduk-penduduk dan serahkan tandatangan itu kepada pihak berkenaan.

”Berharap ADUN Johor Jaya juga boleh berbuat demikian supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya lagi.

sumber: ibn_bacoks


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Telco Tower : Penduduk Desak Agar Dipindahkan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini