Pendekatan Dakwah Perlu Pelbagai – Shamsul
Posted by Unknown on 6 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Kepelbagaian method dakwah perlu dilakukan bagi menyebar- luaskan kefahaman tentang Islam dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Johor dengan katanya UMNO yang memerintah lebih 55 tahun dikatakan gagal memberikan kefahaman kepada non Muslim sepertimana yang dituntut oleh agama.
“Bersama sebahagian kaum Tiong Hwa meraikan pesta Tang Long di Batu Pahat. Pelbagaikan dakwah demi menyampaikan keindahan Islam kepada mereka yang bukan Islam, bukan duk memerintah 55 tahun tapi gagal memahamkan non muslim ini kepada Islam yang sebenar.
“Seni dakwah itu luas, kita haruslah bijaksana dalam menyampaikan meseg Islam yang sebenar. “Innama a’kmalu binniat!” setiap perbuatan itu dimulai dengan niat, makanya wajib untuk kita berbuat sesuatu apalagi kerja-kerja dakwah kerana Allah!. Bukan niat menghalalkan cara,” katanya lagi.
Shamsul berkata demikian pada program edaran Tanglung kepada kanak-kanak Tionghua anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah DPPNJ di Aeon Tebrau City, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong, Ketua DHPP Perak dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pendekatan Dakwah Perlu Pelbagai – Shamsul"
Leave a reply