BlogList Malaysia

Selatan Online

Pengundi Hantu di DUN Permas Jaya

Posted by Unknown on 6 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner

Permas Jaya, 5 Oktober - Pagi tadi Pakatan Rakyat Pasir Gudang diketuai oleh Tuan Syed Othman Abdullah selaku Pusat Aduan Rakyat PAS Permas, Saudara Jimmy Puah dari Pusat Kidmat PKR Johor Jaya dan Saudara Murad Jailani ketua AMK Pasir Gudang bersama kepimpinan PKR bahagian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPK) Sri Alam mengenai status seorang pengundi di DUN Permas yang didapati meragukan.

Laporan ini dibuat berdasarkan blog yang mengunakan nama 'MILOSUAM' yang mendedahkan laporan Harian Express yang berpengkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 dengan tajuk "MyKad palsu, rakyat Filipina ditangkap". Laporan itu menyebut Majistret Cindy McJuce Balitus dari kamar majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki yang bernama Shamsul Salleh, berusia 43 tahun, yang mengaku bersalah mengunakan dokumen 670110-12-5035 atas namanya sendiri dan dijatuhkan hukuman pada 20 September 2010.

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama Shamsul Salleh didapati layak mengundi di DUN Permas di bawah parlimen Pasir Gudang.

Apabila disemak dengan teliti, didapati Shamsul Salleh ini sudah mengundi sejak tahun 1993 di DUN Permas dan parlimen Pasir Gudang. Apabila data maklumat SPR Shamsul Salleh ini juga didapati, tiada alamat yang dinyatakan. Ini adalah jelas satu kesalahan Akta SPR kerana setiap pengundi yang mendaftar perlu ada alamat lengkap agar dapat ditentukan daerah yang bakal menjadi tempat mengundi.

Pakatan Rakyat Pasir Gudang memberikan tempoh 7 hari untuk Shamsul Salleh tampil ke hadapan bagi menafikan atau memjelaskan kedudukan sebenar. Pakatan Rakyat Pasir Gudang juga mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat bagaimana orang yang mempunyai kad pengenalan palsu layak mengundi. PR Pasir Gudang memandang serius pendedahan ini kerana kemungkinan ramai lagi yang menggunakan kad pengenalan palsu. Akibat dari kesalahan ini, keselamatan negara juga terancam.

Laporan yang dibuat oleh PR ini juga mendesak pihak polis menyiasat kedua-dua jabatan yang terlibat ini. Perlu diingat beberapa kes sebelum ini juga didapati menggunakan kad pengenalan palsu untuk dijadikan pengundi hantu disetiap PRU. Atas kesedaran ini, rakyat menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0 menuntut agar setiap data pengundi SPR yang diragui dibersihkan dahulu dari pengundi yang menggunakan kad pengenalan palsu dan sebagainya.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pengundi Hantu di DUN Permas Jaya"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini