BlogList Malaysia

Selatan Online

Pengerang: Peserta Datang Dengan Rela Hati

Posted by Unknown on 5 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.

Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.

Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.

Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.

"Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.

Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.

Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.

"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya.

Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.

"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.

Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut

Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.

"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.

Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.

Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan.

Sumber: Harakahdaily



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pengerang: Peserta Datang Dengan Rela Hati"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini